Tuesday, April 20, 2010

komen Zimie --- Konsert AF 8 Minggu 5

Halo.. Halo.. Halo.. Hai semua.. Minggu ni tiada penyingkiran.. Ok la jugak sbb pelajar2 AF dpt peluang lg utk membuktikan kehebatan bakat yg dimiliki oleh mereka.. Cuma Zimie terkilan sbb Farina tak terkeluar dan AIN nyaris2 tersingkir.. Bayangkan pada malam konsert Ain mendapat tempat kedua tertinggi.. tp pd malam Debaran, Ain berada di tangga kedua terendah.. Zimie mmg banyak mengundi AIN.. tp ada lak masa tu 'not available'.. pape pun, tahniah r pada semua sbb tunjukkan peningkatan yang bagus..

Pilihan 3 Terbaik Zimie..

1- Maulana - Ku Bukan Aku by Tilu
lagu ni Zimie request utk Nad dulu.. tp dpt kat Mau lak.. xpe r.. besh gak.. cuma nampak Mau over sgt r.. suara ada terganggu dgn movement dia ntah pape ntah.. mcm tgok video klip kumpulan Elite lak.. dpt no 1 dlm carta fakulti n no 1 carta Zimie sbb suara dia jer.. tahniah r.. mggu ke-6 Mau dpt lagu Bila Rindu.. nak tgok cmna lak mamat ni bawa lagu ni..

2- Ain - Halo by Beyonce
hmm.. Mmg memukau.. yg lemahnyer sound system x besh r mlm tu.. bnyk suara student AF tenggelam.. tp persembahan Ain mmg memukau.. Zimie kecewa sgt napa undian Ain makin menurun.. mengikut kajian n pemerhatian yg Zimie buat, stiap mggu Ain akan berada di dlm Zon Bahaya dlm Debaran.. jika Ain tidak diumumkan sbg pelajar dlm bottom 3 pd awal episod debaran, mst Ain akan jd pihan bottom 3 pastu.. dah jelas.. bila Sarimah umumkan siapa yang terbawah undiannya, sekaligus undian pelajar tersebut akan naik.. contohnya Daus.. tolong r.. undi sbb bakat.. Ain layak dapat 2 lampu hijau.. tp 1 jer dia dapat.. xper r.. terus terang Zimie katakan, Ain mempunyai laluan yg sukar utk sampai ke final walaupun Ain buat yg terbaik.. Ain mungkin tidak akan sampai ke final sbb sikap pengundi2 kita yg lebih mementingkan rupa paras dan kenegeriaan.. bukannya BAKAT!!!

3- Adira - Sri Mersing by Sharifah Aini
tak tau r nape Adira ni termasuk dlm list aku ni.. rasanyer Adira x layak masuk dalam top 3.. tp dia no 3 pilihan fakulti mengalahkan AIn di tempat ke-4.. pe ada pd Adira.. suara mendatar jer.. lgsung x sedap.. nape dpt 2 lampu hijau or hampir2 3 lampu hijau.. sorry r.. Adira masuk top 3 Zimie pun sbb xde pelajar lain yg layak.. Adira punyer prestasi da turun r.. sebutan A pun tak jelas sgt..


Pilihan 3 Terburuk Zimie
1- Daus
x sedap langsung.. hambar..

2- Farina
ni lg sorang.. x besh langsung.. malas da r nak komen..

3- Nad
ada peningkatan.. bagus.. moga Nad ke final

Wednesday, April 14, 2010

preview Konsert AF8 Minggu ke-4

Debaran konsert Akademi Fantasia ke-8 minggu ke-4 yang lepas menyaksikan perginya seorang pelajar yang berbakat dan bersuara besar iaitu Alif.. Pemergian Alif jelas menunjukkan bahawa pengundi program kesukaan ramai rakyat Malaysia ini mengundi berdasarkan faktor kenegerian dan rupa.. Ini ternyata pelajar yang masih tinggal di dalam akademi merupakan pelajar yang dikatakan memenuhi 'selera' mereka dan merupakan pelajar yang berasal dari negeri mereka. Sikap ini perlu ditinggalkan. Bagi Zimie, Alif seorang pelajar yang berbakat. Biar apa pun jua orang mengata pasal Alif seperti 'seperti perempuan' atau 'suara tak sama tone semasa bercakap', pedulikan semua itu. Yang penting Alif berbakat.. Terpaksa akur, kita teruskan perjalanan 8 pelajar yang tinggal di dalam akademi.



Top 3 Pilihan Zimie


1- Ain - Kawan by Ruhil Amani
WOW! Itu yang dikatakan oleh pengetua AF8, Norman. Persembahan yang mengagumkan. Bak kata Adlin 'seperti dah ada 3 album'. Mendapat 2 lampu hijau walaupun Ain sepatutnya dapat 3 lampu hijau. Suara memang best. Persembahan yang dinanti-nantikan oleh Zimie. Ain berjaya memukau Zimie. Peliknya, Ain kurang mendapat tepukan pada malam itu. Apa sudah jadi dengan penonton? Persembahan yang menarik dan bertenaga dibiarkan begitu sahaja. Tetapi persembahan yang hancur dan teruk seperti Nad dan Iwan, diberikan tepukan yang gemuruh. Faktor utama ialah Ain pelajar dari Sabah. Sukar bagi penyokong Ain di Sabah mahu datang ke konsert. Apa-apa pun, Ain merupakan pelajar pilihan Zimie. Tahniah Ain! Teruskan usaha Ain! Saksikan persembahan Ain dengan lagu Halo dari Beyonce.

2- Maulana - Biarkan by Vince Chong
Bagus. Penghayatan pun bagus. Menerima nasib yang sama dengan Ain dari segi undian. Kerap diletakkan di dalam zon bahaya. Talent ada. Rupa ada. Tetapi kenapa undian masih rendah lagi. Over all, Maulana did the best malam itu. All the best for the next concert.

3- Adira - Biarlah by Nidji
Sebenarnya, tiada apa yang best pun Adira ni bagi Zimie. Dipilih di dalam list ni pun sebab dah xde student lain yang best. Adira punya suara waktu nyanyi lagu Nidji ni mmg teruk.. Entah jenis suara apa entah dia guna.


3 Teruk Pilihan Zimie


1- Farina - Teruskanlah by Agnes Monica
Memang teruk. Dia nia asyik duduk dalam carta terteruk Zimie selama 4 minggu. Apa lagi dia ni nak tunjukkan. Dah r sombong.. Melawan lak tu.. Nak tunjuk best. Zimie benci r tengok Farina.. Outkan dia cepat2.. Teruk.. paling teruk dalam sejarah AF..

2- Iwan - Kekasih Gelapku by Ungu
Iwan telah mengecewakan orang2 nogori.. harap2 dia stay r.. hampir2 terkeluar

3- Nad - Realiti Dewi by Alyah
Ada peningkatan.. so, all the best to Nad..

Monday, April 5, 2010

AF 8 konsert ke-3 ---> pendapat Zimie

Memeranjatkan! Sungguh memeranjatkan! Itulah keputusan yang telah dilakukan oleh rakyat Malaysia.. Dan kita terpaksa akur dengan keputusan itu. Tersingkirnya Anum dari AF 8 telah membuktikan bahawa Anum tidak kuat sama seperti yang disangkakan.. Berdasarkan kedudukan undian Anum untuk dua konsert sebelum ini, Anum begitu selesa dengan kedudukan yang tinggi dan tidak pernah sekali pun terjerumus ke zon bahaya.. Namun, 4 April 2010 yang lalu, nyata nasib tidak menyebelahi Ain.. Zimie sendiri terperanjat.. Biarpun Zimie tidak mengundi Anum, tetapi Ain, tetapi Zimie juga turut merasai apa yang dirasai oleh pengundi-pengundi Anum.. Memberikan persembahan yang bertenaga dan cukup baik sekali pada malam konsert yang ketiga, Anum tidak mampu bertahan ke konsert yang keempat. Apa yang Zimie dapat tafsirkan ialah pengundi-pengundi Anum begitu leka dengan kedudukan selamat Anum sebelum ini sama seperti apa yang telah berlaku pada Linda Nanuwil AF 2.. Berikut adalah pilihan 3 terbaik dan terburuk Zimie untuk konsert ke-3 ini.. Over all.. Hambar! Hambar! Hambar!


3 Terbaik Pilihan Zimie


1 - Anum - Kau dan Aku
Nyanyian bese2 jer.. suara lak ada serak2.. tp besh.. sbb Anum berjaya pecahkan tembok keberanian pelajar yg xde kat budak2 Af lain.. tahniah.. mmg besh r.. terhibur.. terubat kekecewaan dgn persembahan bdk2 Af sblm tu.. 2 lampu HIJAU utk Anum..

2 - Alif - Suatu Janji
Mcm bese r, Alif mmg konsisten.. suara pun sedap.. besh r.. cuma kena kreatif sikit lg.. kalo x, mst leh dpt undi bnyk..

3 - Ain - Cinta Antara Benua
Persembahan biasa2 jer.. cuma suara dia mmg besh.. aku suka sgt sbb dia terselamat.. puas gak mngundi.. hehe.. suara ain ni something r.. merdu.. kalo nyanyi lagu org putih mst meletup.. tahniah ain.. welcome back to af..


3 Terburuk Pilihan Zimie


1 - Farina - Cantik
hmm.. bila dia dpt lagu ni, aku dpt bygkn betapa divanyer dia nnt atas pentas.. diva bkn sbb suara besh.. tp ntah r.. susah nak ckp.. bosan weih tgok dia ni.. pe yg dia ada.. nape dia masih ada dlm af.. dlm debaran aritu, dia nyaris2 kuar.. nape bkn dia yg kua.. kan sng sikit.. tp skrg ni ( 5 april 2010) undian dia naik mendadak.. terus naik no 1.. giler ape.. siapa r undi dia ni.. pe dia ada.. x sedap r.. tlog r outkan dia..

2 - Nad - Bulan Cinta
"Nad bersalah".. tu yg dia luahkan.. hmm.. patut pun.. nad, better nad bangkit pasni kalo btul2 nak terus ada dlm akademi.. boring r tgok psmbhn nad.. xde improvement lgsug.. teruk.. x hayati lgu tu btul2.. mmg r susah kalo dpt lagu yg x suka.. tp ni akademi.. pertandingan.. kna r ada effort nak bjya.. x penah pun duduk dlm zon bahaya.. pelik tul..

3 - Shahir -
entah r mamat ni.. xde yg menariknyer.. aku tgok pun naik ngantuk aku.. da r..



KESIMPULANNYA


astro perlu buat sesuatu.. Zimie rasakan terlalu banyak masalah.. antaranya ialah :

1- pemilihan lagu yang tidak sesuai
2- fokus pembelajaran kurang, banyak aktiviti lain yang kurang berfaedah
3- lagu dipotong pendek.. feel susah nak dapat
4- budak2 Af ni manja sangat..
5- kurangkan gangguan VT yang mengarut2 tu..
6- beri kebebasan pd pelajar utk tentukan corak persembahan; tenaga pengajar sbg fasilitator
7- faktor X pelajar x dikesan lg..
8- AF musim ke-8 ini memang HAMBAR

plz do something..