Saturday, May 5, 2012

TUMOR ? -------> part 8

30 April 2012 - Pagi itu, dalam pukul 2 pagi, Zimie rasakan badan Zimie panas. Demam barangkali. Zimie bingkas bangun ingin mengambil ubat. Tatkala mahu melangkah dari katil, tangan kiri Zimie berdenyut-denyut. Sakit. Ah! Tidak mungkin sakit lama berulang lagi. Zimie amati di cermin. Sah. Memang ada timbul satu lagi bonjolan kecil di bawah ketiak sebelah kiri Zimi. Inilah yang menyebabkan Zimie demam. 
                                                            

 
 Pada mulanya, Zimie kuatkan semangat untuk bekerja pada hari ini. Kerana Zimie perlu menjadi AJK sempena Karnival Bahasa Inggeris. Tetapi, badan Zimie terasa terlalu lemah. Zimie bagaikan tidak berdaya. Zimie meminta tempat Zimie digantikan oleh Cikgu Habsah. Alhamdulillah. Zimie ingat, selesai sahaja kelas English Tahun 5, Zimie mahu pulang ke rumah.

 Guru Besar mencadangkan Zimie terus ke hospital. Terus sahaja Zimie menghubungi Mama. Alhamdulillah, doktor yang merawat Zimie dahulu masih ada di klinik tempat Mama Zimie bekerja. Zimie sempat bercakap dengan Ms. Su. Beliau menyuruh Zimie segera ke HKL. Dengan memandu sendiri, Zimie sampai di HKL lebih kurang pukul 1 tengah hari. Terus tahan wad. Ketika itu, demam semakin teruk. 



 Ms. Chye periksa Zimie. Perlu sambung ubat antibiotik yang Zimie ambil dahulu. Untuk lihat sejauh mana ia dapat merawat sakit Zimie. Demam Zimie masih sama. Tiada perubahan. Jadi, doktor tambah satu lagi antibiotik, C-Pen. Jadi, Zimie perlu ambil antibiotik dua jenis sebanyak 4 kali sehari. Alangkah 1 antibiotik sahaja dahulu pun bagai nak menangis Zimie, inikan lagi DUA. Cloxa dan C-Pen memang sakit. Antibiotik ini perlu dimasukkan melalui DRIP. Saat antibiotik itu masuk ke dalam salur darah kita, sakitnya, sukar nak Zimie gambarkan. Setiap 2 hari, Zimie akan tukar DRIP yang baru sebab tempat DRIP itu sudah bengkak.


 Setakat post ini ditulis, Zimie masih lagi tidak tahu bilakah Zimie akan dikeluarkan daripada wad. Malam tadi, doktor bahagian 'medical' ada datang buat pemeriksaan terhadap Zimie. Malam ini, Zimie perlu puasa untuk ujian darah pada esok pagi. Setiap hari perlu ambil darah. Sampai bengkak tangan Zimie. Zimie berharap sangat agar Zimie dibenarkan pulang dengan segera sebab duduk dalam wad seorang diri memang tidak seronok. Doakan Zimie.