Monday, April 9, 2012

TUMOR ? ---------> part 1

19 Mac - Sekolah macam biasa. Petang itu, Zimie sudah mula rasai kelainan pada diri Zimie. Arghh.. Demam barangkali. Lepas makan ubat Panadol nanti, baiklah nanti. Ya, memang benar. Zimie diserang demam. Pada tanggapan Zimie, ia mungkin demam biasa. 


20 Mac - Hari Selasa, pergi kerja seperti biasa juga. Tetapi Zimie sudah mula membawa jaket kelabu Zimie. Mana tahu, tiba-tiba demam pula. Mungkin sebab tekak sakit. Zimie kuatkan juga semangat. 


21 Mac - Hari Rabu, demam Zimie makin melarat. Apabila Zimie sudah mula memakai jaket, ramai akan bertanya. Kerana pada mereka, kalau Zimie memakai jaket itu, pastinya Zimie tidak sihat. Petang itu, ada ko-kurikulum. Bahagian pertama, Zimie hanya terbaring di dalam perpustakaan dan tidur. Pada bahagian seterusnya, Zimie tidak tahan lagi. Lalu Zimie terus balik rumah. Makan ubat dan tidur. 


22 Mac - Khamis, demam Zimie semakin teruk. Zimie mula merasai kesakitan di bahagian ketiak kiri Zimie. Lantas, Zimie pergi ke klinik, mengambil ubat dan mendapat cuti. Doktor kata, ketiak Zimie ada bisul. Makan antibiotik nanti akan sembuh. Pulang rumah, makan ubat lalu tidur. Tetapi demam seperti itu juga. Tiada perubahan. 


23 Mac - Jumaat, Zimie kuatkan semangat untuk pergi ke sekolah. Tidak mahu mengambil cuti lagi. Nasib baik Zimie ada satu kelas sahaja. Bahasa Inggeris tahun 5. Selepas selesai kelas, Zimie tidur semula. 


24 Mac - Keadaan semakin bertambah teruk. Demam Zimie semakin menjadi-jadi. Zimie fikir mungkin sebab bisul bawah ketiak itu mahu timbul. Sakitnya susah nak cakap. Berdenyut-denyut. Mula muntah-muntah. Selera makan langsung hilang. Malam itu juga Zimie diserang sesak nafas. Kelam kabut jugalah nenek Zimie menyapu ubat. 

 

25 Mac - Ahad, keadaan bertambah lebih serius. Petang itu, dalam pukul 6, Zimie gagahkan diri juga memandu kereta untuk ke klinik kesihatan Simpang Durian. Dengan harapan doktor dapat memeriksa suhu badan, tekanan darah dan masuk air. Namun, hampa. MA yang bertugas ketika itu datang ke klinik dengan muka ketat. Masuk ke dalam klinik tanpa mempelawa Zimie dan nenek masuk. Duduk di luar sahaja. Kemudian, dia keluar lalu memberikan sepapan Paracetamol. Antara dialognya : 

    "Maaflah, setakat demam biasa ni, saya malas nak running machine. Saya bagi Paracetamol ni. Makan dan rehatlah. Esok boleh datang untuk cek. " 

Sakit hati Zimie. Sekurang-kurangnya, periksalah dahulu suhu dan tekanan darah. Zimie mencampakkan Paracetamol itu ke dalam kereta betul-betul di hadapan dia. Dia nampak. Pedulikan. Sakit hati Zimie. Malam itu keadaan Zimie semakin teruk. Nenek meminta jiran sebelah untuk menghantar Zimie ke klinik di pekan Bahau. Doktor kata bengkak di bawah ketiak Zimie bukanlah bisul. Ia adalah TUMOR. Ya Allah, apakah benar semua ini? Zimie terkesima. Segala perasaan takut dan sedih datang bertandang. 

-----bersambung------


No comments: