Monday, April 9, 2012

New Kittens 2012

Ini semua 'angkara' Perang. Perang perlu bertanggungjawab.

Pada 18 Mac 2012 yang lepas, Tam dan Tupai selamat melahirkan bayi masing-masing. Yang peliknya, mereka 'bersalin' pada hari yang sama. Zimie ketika itu baru pulang dari sekolah. Petangnya perlu ke sekolah semula. Ketika balik, Tam 'bising' semacam. Zimie teringat kembali Tam pernah buat tabiat begini ketika dia nak bersalin kali pertama dulu. Terus Zimie bawa kotak besar dan letak dalam bilik Zimie. Apa yang mengejutkan Zimie, Tam terus masuk melompat ke dalam kotak tu. Dan kelihatan 'letih' untuk meneran barangkali. Zimie ingat nak rakamkan detik-detik kelahiran anak Tam tapi masa tak mengizinkan. Zimie tutup kotak tu dan kunci pintu bilik.

Balik sahaja dari kerja, nenek Zimie maklumkan pada Zimie yang Tupai dah beranak. Di dalam reban. 4 ekor tapi hanya 2 ekor sahaja yang hidup. Tanpa sempat Zimie menjenguk Tupai, Zimie terus meluru ke dalam bilik untuk melihat Tam. Alhamdulillah, Tam pun dah selamat melahirkan anaknya. 4 ekor kesemuanya. Zimie bersyukur sangat sebab selama ini hanya ada 3 ekor kucing sahaja. Hari itu, Zimie dapat 6 ekor baby yang baharu. Suka sangat-sangat.

Ini adalah kesemua anak-anak Tam dan Tupai. dua ekor anak kucing daripada kiri merupakan anak Tupai manakala selebihnya adalah anak Tam. Belakang tu, toy untuk diorang main bila bosan nanti. Hehehe..

No comments: