Saturday, May 5, 2012

TUMOR ? -------> part 8

30 April 2012 - Pagi itu, dalam pukul 2 pagi, Zimie rasakan badan Zimie panas. Demam barangkali. Zimie bingkas bangun ingin mengambil ubat. Tatkala mahu melangkah dari katil, tangan kiri Zimie berdenyut-denyut. Sakit. Ah! Tidak mungkin sakit lama berulang lagi. Zimie amati di cermin. Sah. Memang ada timbul satu lagi bonjolan kecil di bawah ketiak sebelah kiri Zimi. Inilah yang menyebabkan Zimie demam. 
                                                            

 
 Pada mulanya, Zimie kuatkan semangat untuk bekerja pada hari ini. Kerana Zimie perlu menjadi AJK sempena Karnival Bahasa Inggeris. Tetapi, badan Zimie terasa terlalu lemah. Zimie bagaikan tidak berdaya. Zimie meminta tempat Zimie digantikan oleh Cikgu Habsah. Alhamdulillah. Zimie ingat, selesai sahaja kelas English Tahun 5, Zimie mahu pulang ke rumah.

 Guru Besar mencadangkan Zimie terus ke hospital. Terus sahaja Zimie menghubungi Mama. Alhamdulillah, doktor yang merawat Zimie dahulu masih ada di klinik tempat Mama Zimie bekerja. Zimie sempat bercakap dengan Ms. Su. Beliau menyuruh Zimie segera ke HKL. Dengan memandu sendiri, Zimie sampai di HKL lebih kurang pukul 1 tengah hari. Terus tahan wad. Ketika itu, demam semakin teruk. 



 Ms. Chye periksa Zimie. Perlu sambung ubat antibiotik yang Zimie ambil dahulu. Untuk lihat sejauh mana ia dapat merawat sakit Zimie. Demam Zimie masih sama. Tiada perubahan. Jadi, doktor tambah satu lagi antibiotik, C-Pen. Jadi, Zimie perlu ambil antibiotik dua jenis sebanyak 4 kali sehari. Alangkah 1 antibiotik sahaja dahulu pun bagai nak menangis Zimie, inikan lagi DUA. Cloxa dan C-Pen memang sakit. Antibiotik ini perlu dimasukkan melalui DRIP. Saat antibiotik itu masuk ke dalam salur darah kita, sakitnya, sukar nak Zimie gambarkan. Setiap 2 hari, Zimie akan tukar DRIP yang baru sebab tempat DRIP itu sudah bengkak.


 Setakat post ini ditulis, Zimie masih lagi tidak tahu bilakah Zimie akan dikeluarkan daripada wad. Malam tadi, doktor bahagian 'medical' ada datang buat pemeriksaan terhadap Zimie. Malam ini, Zimie perlu puasa untuk ujian darah pada esok pagi. Setiap hari perlu ambil darah. Sampai bengkak tangan Zimie. Zimie berharap sangat agar Zimie dibenarkan pulang dengan segera sebab duduk dalam wad seorang diri memang tidak seronok. Doakan Zimie.



Saturday, April 14, 2012

TUMOR ? ---------> part 7


13 April - Malam itu, Zimie mula rasakan sesuatu pada badan Zimie. Sedang Zimie menonton TV, tiba-tiba Zimie rasa nak muntah. Terus berlari ke bilik air. Lalu menyemburlah muntah. Adoiii. Penat rasanya muntah kerana semua apa yang Zimie telah makan, keluar semula. Lepas itu, Zimie mula rasa demam. Ah.. Tidak. Zimie tidak mahu demam kembali. Kerana demam ini tiada ubatnya. Zimie terus masuk tidur tanpa makan sebarang ubat. Dalam pukul 2 pagi, Zimie rasakan badan Zimie segar kembali. Oh Tuhan. Apakah semua ini? Kenapa aku masih tidak tahu apakah penyakit yang kuhidapi ini? 


14 April - Zimie hanya berehat di rumah. Teragak nak makan sup. Tapi malas ingin meminta Wan masakkan sup untuk Zimie. Kerana Zimie hanya akan sedikit sahaja. Selebihnya akan dibuang. Membazir sahaja bukan? Baik Zimie simpan sahaja kehendak Zimie. Kasihan pula melihat Zimie bertungkus lumus memasak, tapi hanya makan sedikit. Tiba-tiba teringat pula sup bawang putih yang disarankan oleh N. N kata makan sup yang dimasak dengan menggunakan bawang putih akan cepat membantu proses penyembuhan demam. Tetapi Zimie sengaja nak menyakat N. Zimie kata Zimie nak masak sup bawang putih bersama ular. Hasilnya adalah seperti di dalam gambar di bawah. Hehehehe.. 


Thursday, April 12, 2012

N

" N ". Kenapa Zimie ni? Apa maksud N ini? Hehe.. Hari ini baru Zimie berkesempatan untuk update pasal N. N merupakan seorang wanita. Zimie kenal N sebelum Zimie sakit lagi. Siapa N di hati Zimie? Hehehe... 

 

Dahulu, Zimie dipilih untuk menjadi ajk bagi MSSD Daerah Jelebu. Zimie perlu key-in nama peserta mengikut sekolah dan acara yang diambil. Zimie dan dua orang rakan Zimie terpilih menjadi seketeriat bersama dengan N dan beberapa orang kawannya. Zimie dikehendaki berkampung di sekolah di mana N mengajar selama 2 minggu. 

 

Pada minggu pertama, keadaan masih seperti biasa. Tiada apa-apa yang aneh berlaku. Namun Zimie dapat rasakan sesuatu dalam diri Zimie apabila masuk minggu kedua. Zimie rasakan ada sesuatu pada N yang membuatkan Zimie berhasrat untuk berkenalan dengannnya. Jujur Zimie katakan, niat Zimie hanya untuk berkawan sahaja. Tidak lebih dari itu. Kerana luka lama masih berdarah lagi.

 

Waktu itu, Zimie dalam kekeliruan yang teramat sangat.  Adakah Zimie bersedia untuk membuka hati Zimie yang telah lama tertutup untuk perempuan. Hampir 5 tahun Zimie bersedirian. Derita. Kesunyian. Puas juga Zimie berfikir. Akhirnya, Zimie mengambil keputusan memujuk hati untuk menjadikan N sebagai kawan sahaja. Zimie tidak mahu terburu-buru kerana Zimie telah belajar banyak benda dalam perhubungan yang lepas. Sekali lagi Zimie buntu. Macam mana untuk dapatkan nombor telefon N? Arrrgggghhh.. 


Zimie luahkan masalah Zimie pada rakan Zimie, Kak Zu mengenai N. Dia kelihatan teruja apabila akhirnya ada perempuan yang berjaya mencairkan hati Zimie. Cerita ini sekejap sahaja tersebar kepada rakan-rakan lain seperti Kak Habsah, Kak Mawar dan Kak Wati. Kak Mawar menawarkan pertolongan untuk merapatkan kami. Zimie segan. Zimie hanya tersengih sahaja tanpa memberi apa-apa tanda. 


Ada sekali tu, N membacakan nombor telefonnya kepada Pegawai Teknik secara kuat-kuat. Ketika itu, Zimie berdebar-debar untuk mengingati nombor tersebut. Zimie mahu salin, ketara pula nampak dek kawan-kawannya yang duduk di sebelah Zimie. Jadi, Zimie mengambil keputusan untuk hafal nombor itu. Namun, disebabkan hati terlalu cemas, Zimie hanya mampu menghafal 3 angka yang pertama. Selebihnya, hilang dalam debaran. Arghhhh.. 


Petang Jumaat, sebelum Zimie bertolah ke Kuala Pilah untuk menjemput anak angkat Zimie, Kak Wati menghubungi Zimie. Dia begitu gembira dengan khabar gembira yang didengarinya entah daripada siapa. Dia beri-ia menanyakan Zimie adakah benar apa yang didengarinya itu. Zimie hanya jawab yang Zimie mahu berkawan dahulu. Dia berjanji untuk membantu Zimie dapatkan nombor telefon N. Sebelum itu, Zimie ada berhubung dengan salah seorang bekas anak murid N melalui Facebook. Dia kata, dia ada nombor N. Tetapi, dia perlu dapatkan kebenaran daripada N terlebih dahulu. Zimie pasrah. 


Akhirnya, kak Wati menghubungi Zimie kembali dengan berita gembira. Kak Wati kata "She is single and available". Malunya Zimie. Zimie hanya nak berkawan dahulu. Hehe.. Dia kata N tidak kisah jika Zimie mahukan nombor telefonnya. Kak Wati berikan Zimie nombor N. Terketar-ketar Zimie menyimpan nombor N di dalam Blackberry Zimie. Sebelum memandu semula, Zimie beranikan diri SMS N dengan ucapan 'selamat bercuti'. Zimie sudah sampai ke Kuala Pilah, barulah N balas. 


Sejak daripada itu, kami kerap SMS. Jujur Zimie katakan, N banyak menemani Zimie semasa Zimie terlantar di hospital selain daripada anak angkat Zimie. N banyak memberi kata-kata semangat. N juga sedaya upaya untuk menceriakan hari-hari suram Zimie di hospital. Persepsi Zimie mengenai N sejak mula kenal, N merupakan seorang yang ceria, rajin, ada unsur-unsur humor, cepat kalut dan comel. Sekarang ini kami masih berkawan. Harap-harap bertahan lama hendaknya. N, terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup Zimie dan menceriakan Zimie.

A Thousand Years - Christina Perri





Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I'm afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow

One step closer


[Chorus:]

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

Time stands still

Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What's standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this

One step closer


[Chorus:]

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you

Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more

One step closer

One step closer

[Chorus:]

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you

Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more

Wednesday, April 11, 2012

TUMOR ? -------> part 6

10 April - Sejak malam tadi, Zimie dah mula berpuasa. Untuk buat ujian darah lagi. Dah tak tau kat mane dah diorang nak cucuk kat tangan ni untuk ambil darah. Banyak sangat bekas suntikan kat tangan ni especially sebelah kanan. Sebelah kiri ni kalau boleh, jangan usik sangat. Hehe. Pagi semalam, Zimie ikut Mama Zimie pergi kerja. Minta kawan dia yang ambilkan darah Zimie. Tak lama pun. Sampai klinik pukul 7 pagi. Pukul 7.15 dah boleh balik. Lepas itu, balik rumah terus sarapanlah. Lapar. Puasa tak sahur memang macam tu. 


Pas sarapan, Zimie pun tidurlah sampai petang. Lama juga tu. Almaklumlah, semalaman tak dapat tidur sebab risau. Risau tentang apa pun Zimie tak tahu. Pukul 3 petang, Mama Zimie call sebab pihak hospital tak dapat baca satu tabung darah. Ada masalah serius pula sebab dia orang macam tak percaya dengan hasil yang dapat. Macam tak de kesahihan la. Jadi, bergegas Zimie dengan Papa ke HKL semula. Kena ambil semula. Kali ni, memang sakit. Tak tahu sebab apa. Ambil darah kali ni agak lain sikit. Sabar jela. Harap-harap semuanya ok. Harap-harap juga dapat balik kampung petang tu. Alhamdulillah. Keputusan ujian darah sepenuhnya hanya akan diketahui Isnin minggu depan. Jadi, dapatlah Zimie balik kampung.

Monday, April 9, 2012

TUMOR ? -------> part 5

1 April - Zimie masih lagi di hospital. 


2 April - Masih ditahan di wad. Hati meronta mahu pulang ke sekolah. 


3 April - Buat Ujian Darah lagi. 


4 April - Buat Ujian Mantaux Test untuk TB


5 April - Hasil ujian TB semuanya negatif. Alhamdulillah. Doktor masih tidak berpuas hati. Masih ditahan wad untuk pemeriksaan lanjut. Redha sahajalah. Rakan sekampungku, Ejoi datang melawat. Siap bawa kek lagi. Terima kasih Ejoi




6 April - Ms Su datang. Dia masih musykil kerana masih tidak menemui punca kelenjar Zimie bengkak. Dia tanya sama ada mahu pulang atau tidak. Sudah tentu Zimie jawab "YA". Baik. Disebabkan Mama Zimie bekerja di bawah dia, Ms Su izinkan Zimie pulang. Tetapi hanya boleh tinggal di Ampang. Maknanya dekat sahaja dengan HKL jika ada apa-apa berlaku. Zimie diberi cuti sehingga 16 April. Pada 16 April itu, Zimie perlu ke HKL berjumpa Ms Chye dan Ms Su. Jika keputusan ujian darah yang dijalankan pada hari Jumaat itu nanti teruk, ada kemungkinan Zimie akan dimasukkan semula ke dalam wad untuk menerima rawatan lanjut. Harap-harap semuanya baik-baik sahaja. 


Apa-apa pun, Zimie nak kongsi makanan di HKL. Heheeh...






TUMOR ? --------> part 4

30 Mac - Jumaat, keadaan Zimie nampaknya ada sedikit perubahan yang positif. Demam sudah semakin berkurangan. Cuma, Zimie masih lagi rasa sakit di tempat yang bengkak itu. Doktor memberi ubat penahan sakit iaitu 'Tramal' secara suntikan. Adoi. Kebas tangan. rasanya. Ubat ini Zimie tak mampu untuk terimanya. Zimie rasa loya dan ingin muntah. Zimie disuntik pula dengan Voltren. Ubat ini buatkan Zimie tidur. Sedar-sedar sahaja dah hari Sabtu. Ya, hari yang paling menyedihkan. 


31 Mac - Genaplah 26 tahun Zimie dilahirkan di dunia ini. Yang sedihnya, kali ini Zimie menyambut ulangtahun kelahiran Zimie di atas katil wad di hospital. Mama dan Papa serta adik beradik datang ke wad dengan membawa sebiji kek harijadi. Terharu. Sebak. Semua ada. Malas Zimie mahu ceritakan di sini kerana Zimie sendiri tidak tahan.





TUMOR ? -------> part 3

27 Mac - Hari kedua duduk di hospital. Masih tiada apa-apa tindakan yang perlu diambil. Ms Chye kata, jika Zimie sakit sangat, dia akan terus buat 'emergency operation'. Sepatutnya hari Khamis ini Zimie akan dibedah. Jadi, buat 2 atau 3 hari ini, mereka mahu pantau keadaan Zimie serta demam Zimie yang masih tinggi. Platlet Zimie masih teruk. Selera makan langsung tiada. 


Namun, kedatangan keluarga dan panggilan telefon daripada kawan-kawan serta anak meringankan sedikit ketegangan yang melanda Zimie. Terima kasih diucapkan kepada Aunty Norsiah, kawan Papa Zimie atas jambangan bungan yang cantik ini. Sedap juga makan buah-buahan yang ada. Dapatlah mengisi perut sedikit. 


28 Mac - Keadaan semakin teruk. Zimie dilanda sakit kepala pula. Demam pula tiada tanda-tanda menunjukkan bahawa ia akan reda. Demam sambil menggigil-gigil lagi. Mama Zimie yang risau dengan keadaan Zimie mengambil keputusan untuk tidur di hospital menemani Zimie. Mama nak request pada doktor untuk segerakan pembedahan itu. Tetapi, aku menghalang untuk menunggu keputusan Ultrasound yang akan dibuat pada hari khamis nanti. 


29 Mac - Malam tadi, bermula pukul 12 malam, aku sudah mula puasa. Sebagai persediaan untuk ultrasound dan pembedahan. Berdebar-debar aku. Tak tahu hendak terangkan bagaimana perasaan aku ketika itu. Tetapi, apa yang mengejutkan aku, doktor yang melakukan ujian ultrasound mengatakan bengkak yang wujud di bawa ketiak aku itu bukanlah nanah yang diperkatakan oleh doktor. Lymph Node aku bengkak. Bak kata doktor ultrasound tu, kemungkinan sebab-sebab mengapa kelenjar itu bengkak ada banyak. Antaranya ialah tumor, kanser, infection, TB, antibodi lemah dan banyak lagilah. Ya Allah, seram aku dengar. 

 

Paling kurang pun, infection sahaja aku harap. Tetapi infection pun, ada juga yang merbahaya. Misalnya, jangkitan kuman dalam darah. Masya Allah. Jauhkanlah aku daripada semua ini. Jadi, Ms Chye kata, KIV dahulu pembedahan. Lega dari 1 sudut. Tetapi, masih bingung memikirkan apakah punca kelenjar itu bengkak. Bak kata Ms Chye "lets medicine works on it". Alhamdulillah, tidak perlu pembedahan setakat ini. 

TUMOR ? -------> part 2


26 Mac - Zimie SMS Mama Zimie. Zimie tulis "Ma, doktor cakap, bengkak ni bukan bisul, tapi ketumbuhan, perlu dibedah segera". Mama dan Papa Zimie terus memecut kereta daripada Ampang balik ke Jelebu, N. Sembilan mengambil Zimie segera. Mama Zimie ingin membawa Zimie ke HKL tempat di mana dia dia bekerja. Mereka sampai ke kampuang dalam pukul 3 pagi. Kami semua sampai ke Ampang dalam pukul 6. Sampai HKL, Mama Zimie terus bawa Zimie ke Klinik Ortopedik, tempat Mama Zimie bekerja. Di situ, terdapat beberapa orang doktor yang pakar mengenai hal tumor ini. Antaranya Ms Chye, Ms Su dan Mr Andrian. Kalau bawa Zimie ke OPD, gerenti lambat. 

 

Oleh sebab Mama Zimie kerja di sini, semuanya dapat diselesaikan dengan segera walaupun berkenaan dengan GL. Zimie dirujuk kepada Ms Chye. Pakar Tumor di Malaysia. Ms Chye mengesahkan bahawa ada nanah bawah ketiak. Mungkin kelenjar Zimie bengkak dan bernanah. Terus Ms Chye request OT untuk bedah dan buang benda itu. Daripada situ, dia akan analisis sama ada ianya adalah tumor, cancer atau infection. Zimie terus dimasukkan ke dalam wad. Wad 7. Kelas 1. Zimie dapat 'two bedded'. Alamatnya, Zimie tidur seorang sahajalah sebab orang sebelah tiada. Daripada katil, Zimie hanya mampu memandang bangunan KLCC dan Menara Kuala Lumpur dengan perasaan sayu. Zimie hanya mampu berdoa, harap-harap ia bukanlah kanser mahupun ketumbuhan. Zimie takut. 


Pada hari itu, Zimie mula dimasukkan dengan antibiotik. Cloxa namanya. Ia dimasukkan melalui 'line drip'. Bak kata doktor wad, masuk Cloxa ini memang sakit. Terasa saat ia sampai ke dalam salur darah. Ya, memang betul. Meleleh air mata Zimie saat Cloxa itu mula memasuki salur darah Zimie. Sakitnya, Zimie sahaja yang tanggung. Tetapi Zimie perlu kuat. Malam itu pula Zimie dimasukkan air. Ini kerana hasil keputusan ujian darah menunjukkan platlet darah Zimie terlalu rendah dengan bacaan 4. Boleh dikategorikan sebagai denggi pula.

TUMOR ? ---------> part 1

19 Mac - Sekolah macam biasa. Petang itu, Zimie sudah mula rasai kelainan pada diri Zimie. Arghh.. Demam barangkali. Lepas makan ubat Panadol nanti, baiklah nanti. Ya, memang benar. Zimie diserang demam. Pada tanggapan Zimie, ia mungkin demam biasa. 


20 Mac - Hari Selasa, pergi kerja seperti biasa juga. Tetapi Zimie sudah mula membawa jaket kelabu Zimie. Mana tahu, tiba-tiba demam pula. Mungkin sebab tekak sakit. Zimie kuatkan juga semangat. 


21 Mac - Hari Rabu, demam Zimie makin melarat. Apabila Zimie sudah mula memakai jaket, ramai akan bertanya. Kerana pada mereka, kalau Zimie memakai jaket itu, pastinya Zimie tidak sihat. Petang itu, ada ko-kurikulum. Bahagian pertama, Zimie hanya terbaring di dalam perpustakaan dan tidur. Pada bahagian seterusnya, Zimie tidak tahan lagi. Lalu Zimie terus balik rumah. Makan ubat dan tidur. 


22 Mac - Khamis, demam Zimie semakin teruk. Zimie mula merasai kesakitan di bahagian ketiak kiri Zimie. Lantas, Zimie pergi ke klinik, mengambil ubat dan mendapat cuti. Doktor kata, ketiak Zimie ada bisul. Makan antibiotik nanti akan sembuh. Pulang rumah, makan ubat lalu tidur. Tetapi demam seperti itu juga. Tiada perubahan. 


23 Mac - Jumaat, Zimie kuatkan semangat untuk pergi ke sekolah. Tidak mahu mengambil cuti lagi. Nasib baik Zimie ada satu kelas sahaja. Bahasa Inggeris tahun 5. Selepas selesai kelas, Zimie tidur semula. 


24 Mac - Keadaan semakin bertambah teruk. Demam Zimie semakin menjadi-jadi. Zimie fikir mungkin sebab bisul bawah ketiak itu mahu timbul. Sakitnya susah nak cakap. Berdenyut-denyut. Mula muntah-muntah. Selera makan langsung hilang. Malam itu juga Zimie diserang sesak nafas. Kelam kabut jugalah nenek Zimie menyapu ubat. 

 

25 Mac - Ahad, keadaan bertambah lebih serius. Petang itu, dalam pukul 6, Zimie gagahkan diri juga memandu kereta untuk ke klinik kesihatan Simpang Durian. Dengan harapan doktor dapat memeriksa suhu badan, tekanan darah dan masuk air. Namun, hampa. MA yang bertugas ketika itu datang ke klinik dengan muka ketat. Masuk ke dalam klinik tanpa mempelawa Zimie dan nenek masuk. Duduk di luar sahaja. Kemudian, dia keluar lalu memberikan sepapan Paracetamol. Antara dialognya : 

    "Maaflah, setakat demam biasa ni, saya malas nak running machine. Saya bagi Paracetamol ni. Makan dan rehatlah. Esok boleh datang untuk cek. " 

Sakit hati Zimie. Sekurang-kurangnya, periksalah dahulu suhu dan tekanan darah. Zimie mencampakkan Paracetamol itu ke dalam kereta betul-betul di hadapan dia. Dia nampak. Pedulikan. Sakit hati Zimie. Malam itu keadaan Zimie semakin teruk. Nenek meminta jiran sebelah untuk menghantar Zimie ke klinik di pekan Bahau. Doktor kata bengkak di bawah ketiak Zimie bukanlah bisul. Ia adalah TUMOR. Ya Allah, apakah benar semua ini? Zimie terkesima. Segala perasaan takut dan sedih datang bertandang. 

-----bersambung------


New Kittens 2012

Ini semua 'angkara' Perang. Perang perlu bertanggungjawab.

Pada 18 Mac 2012 yang lepas, Tam dan Tupai selamat melahirkan bayi masing-masing. Yang peliknya, mereka 'bersalin' pada hari yang sama. Zimie ketika itu baru pulang dari sekolah. Petangnya perlu ke sekolah semula. Ketika balik, Tam 'bising' semacam. Zimie teringat kembali Tam pernah buat tabiat begini ketika dia nak bersalin kali pertama dulu. Terus Zimie bawa kotak besar dan letak dalam bilik Zimie. Apa yang mengejutkan Zimie, Tam terus masuk melompat ke dalam kotak tu. Dan kelihatan 'letih' untuk meneran barangkali. Zimie ingat nak rakamkan detik-detik kelahiran anak Tam tapi masa tak mengizinkan. Zimie tutup kotak tu dan kunci pintu bilik.

Balik sahaja dari kerja, nenek Zimie maklumkan pada Zimie yang Tupai dah beranak. Di dalam reban. 4 ekor tapi hanya 2 ekor sahaja yang hidup. Tanpa sempat Zimie menjenguk Tupai, Zimie terus meluru ke dalam bilik untuk melihat Tam. Alhamdulillah, Tam pun dah selamat melahirkan anaknya. 4 ekor kesemuanya. Zimie bersyukur sangat sebab selama ini hanya ada 3 ekor kucing sahaja. Hari itu, Zimie dapat 6 ekor baby yang baharu. Suka sangat-sangat.

Ini adalah kesemua anak-anak Tam dan Tupai. dua ekor anak kucing daripada kiri merupakan anak Tupai manakala selebihnya adalah anak Tam. Belakang tu, toy untuk diorang main bila bosan nanti. Hehehe..

Sunday, April 8, 2012

Ombak Rindu di ABPBH 2011




Terimbau Kembali Zaman Ombak Rindu dulu bersama orang-orang sekeliling Zimie.

My Beloved Cats

Dahulu, Zimie pernah memelihara kucing sehingga mencecah 20 ekor. Tapi, kebanyakannya mati kerana sakit. Zimie ingat lagi betapa sedihnya Zimie menghadapi kematian Moyau aka Siti Moyau kerana Moyau telah dipelihara oleh Zimie sejak Zimie berusia 15 tahun. Moyau mati ketika Zimie berusia 24 tahun. Ini bermakna, hampir 9 tahun usia Moyau ketika menghembuskan nafas terakhir. Moyau mati kerana sakit yang teruk. Sehingga kini Zimie tidak tahu apa penyakit tersebut kerana semua kucing Zimie yang mati selepas Moyau turut mengalmi penyakit yang sama tidak kira umur dan jantina.

Ini adalah gambar-gambar Moyau sepanjang 9 tahun dia hidup.


Sekarang ni, Zimie ada 3 ekor kucing induk iaitu Tam (induk) dan anaknya Perang (jantan) dan Tupai (anak tiri Tam). Tam dahulu dikahwinkan dengan Merah tetapi Merah menerima nasib yang sama seperti Moyau. Merah juga mempunyai isteri lain iaitu Panjang yang juga turut mati akibat penyakit yang. Tupai merupakan satu-satunya anak Panjang yang hidup daripada 12 anak yang telah dilahirkan.

Ini dia Perang dan Tam. Tupai tiada dalam gambar. Tupai pemalu sikit.

Inilah Perang. Amat manja sekali dengan Zimie dan nenek Zimie. Tidur nak kat paha atau perut Zimie je tu. Kalau Zimie panggil, cepat2 dia datang. Yang bestnya, apabila Zimie pulang daripada kerja, dia pasti akan tunggu depan pintu rumah. Kalau Zimie lambat je buka pintu kereta, dia akan panjat tembok untuk tarik perhatian Zimie.

Ini Tam. Ibu kepada Perang. Dah tua. Dah tak lawa. Hehe..

Kenangan lama antara Tam dengan Merah.

Pada mulanya, Tam melahirkan anak hasil perkongsian dengan Merah sebanyak 4 ekor. Zimie rakam detik-detik kelahiran anak-anak Tam. Anak-anak Tam dan Merah ialah Belang, Tongget, Perang dan Cicak. Namun, semua mati kecuali Perang. Kini, Perang menjadi pujaan hati Zimie kerana dia terlalu manja dengan Zimie.



Ini pula anak hasi perkongsian Tam dengan Perang. Maka, lahirlah Labu. Tapi Labu hanya sempat hidup dalam sebulan lebih sahaja. Ini semua salah Tam kerana meninggalkan Labu sendiri kerana sibuk mencari 'jantan' lain. Labu mati di dalam sangkar sendirian.


Ini adalah antara kucing-kucing kesayangan Zimie yang telah pergi meninggalkan Zimie.

Moyau

Shin & Yul

Shin

Yul


Merah