Thursday, April 12, 2012

N

" N ". Kenapa Zimie ni? Apa maksud N ini? Hehe.. Hari ini baru Zimie berkesempatan untuk update pasal N. N merupakan seorang wanita. Zimie kenal N sebelum Zimie sakit lagi. Siapa N di hati Zimie? Hehehe... 

 

Dahulu, Zimie dipilih untuk menjadi ajk bagi MSSD Daerah Jelebu. Zimie perlu key-in nama peserta mengikut sekolah dan acara yang diambil. Zimie dan dua orang rakan Zimie terpilih menjadi seketeriat bersama dengan N dan beberapa orang kawannya. Zimie dikehendaki berkampung di sekolah di mana N mengajar selama 2 minggu. 

 

Pada minggu pertama, keadaan masih seperti biasa. Tiada apa-apa yang aneh berlaku. Namun Zimie dapat rasakan sesuatu dalam diri Zimie apabila masuk minggu kedua. Zimie rasakan ada sesuatu pada N yang membuatkan Zimie berhasrat untuk berkenalan dengannnya. Jujur Zimie katakan, niat Zimie hanya untuk berkawan sahaja. Tidak lebih dari itu. Kerana luka lama masih berdarah lagi.

 

Waktu itu, Zimie dalam kekeliruan yang teramat sangat.  Adakah Zimie bersedia untuk membuka hati Zimie yang telah lama tertutup untuk perempuan. Hampir 5 tahun Zimie bersedirian. Derita. Kesunyian. Puas juga Zimie berfikir. Akhirnya, Zimie mengambil keputusan memujuk hati untuk menjadikan N sebagai kawan sahaja. Zimie tidak mahu terburu-buru kerana Zimie telah belajar banyak benda dalam perhubungan yang lepas. Sekali lagi Zimie buntu. Macam mana untuk dapatkan nombor telefon N? Arrrgggghhh.. 


Zimie luahkan masalah Zimie pada rakan Zimie, Kak Zu mengenai N. Dia kelihatan teruja apabila akhirnya ada perempuan yang berjaya mencairkan hati Zimie. Cerita ini sekejap sahaja tersebar kepada rakan-rakan lain seperti Kak Habsah, Kak Mawar dan Kak Wati. Kak Mawar menawarkan pertolongan untuk merapatkan kami. Zimie segan. Zimie hanya tersengih sahaja tanpa memberi apa-apa tanda. 


Ada sekali tu, N membacakan nombor telefonnya kepada Pegawai Teknik secara kuat-kuat. Ketika itu, Zimie berdebar-debar untuk mengingati nombor tersebut. Zimie mahu salin, ketara pula nampak dek kawan-kawannya yang duduk di sebelah Zimie. Jadi, Zimie mengambil keputusan untuk hafal nombor itu. Namun, disebabkan hati terlalu cemas, Zimie hanya mampu menghafal 3 angka yang pertama. Selebihnya, hilang dalam debaran. Arghhhh.. 


Petang Jumaat, sebelum Zimie bertolah ke Kuala Pilah untuk menjemput anak angkat Zimie, Kak Wati menghubungi Zimie. Dia begitu gembira dengan khabar gembira yang didengarinya entah daripada siapa. Dia beri-ia menanyakan Zimie adakah benar apa yang didengarinya itu. Zimie hanya jawab yang Zimie mahu berkawan dahulu. Dia berjanji untuk membantu Zimie dapatkan nombor telefon N. Sebelum itu, Zimie ada berhubung dengan salah seorang bekas anak murid N melalui Facebook. Dia kata, dia ada nombor N. Tetapi, dia perlu dapatkan kebenaran daripada N terlebih dahulu. Zimie pasrah. 


Akhirnya, kak Wati menghubungi Zimie kembali dengan berita gembira. Kak Wati kata "She is single and available". Malunya Zimie. Zimie hanya nak berkawan dahulu. Hehe.. Dia kata N tidak kisah jika Zimie mahukan nombor telefonnya. Kak Wati berikan Zimie nombor N. Terketar-ketar Zimie menyimpan nombor N di dalam Blackberry Zimie. Sebelum memandu semula, Zimie beranikan diri SMS N dengan ucapan 'selamat bercuti'. Zimie sudah sampai ke Kuala Pilah, barulah N balas. 


Sejak daripada itu, kami kerap SMS. Jujur Zimie katakan, N banyak menemani Zimie semasa Zimie terlantar di hospital selain daripada anak angkat Zimie. N banyak memberi kata-kata semangat. N juga sedaya upaya untuk menceriakan hari-hari suram Zimie di hospital. Persepsi Zimie mengenai N sejak mula kenal, N merupakan seorang yang ceria, rajin, ada unsur-unsur humor, cepat kalut dan comel. Sekarang ini kami masih berkawan. Harap-harap bertahan lama hendaknya. N, terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup Zimie dan menceriakan Zimie.

1 comment:

Akhawat Jundullah said...

saya suka sangat post cikgu yang nieh..untunglah capital N menceriakan hari2 cikgu..semoga hubungan cikgu sampai ke jinjang pelamin.semoga bertemu jodoh dengan capital N..