Saturday, April 7, 2012

Kenangan Manis 2011

Rasanya tak salah kalau Zimie nak update serba sedikit apa yg telah berlaku pada tahun 2011 yang lepas. Banyak sangat perkara yang berlaku. Zimie nak kongsi yang manis sahaja. Tahun 2011 merupakan tahun paling manis bagi Zimie kerana Zimie telah diberikan satu amanah dan rahmat daripada Tuhan untuk mendidik dan menjaga salah seorang anak murid Zimie. Dia merupakan anak yatim di mana dia kehilangan ayahnya semasa dia darjah 2. Dia merupakan murid yang pandai di dalam pelajaran. Zimie tidak tahu bagaimana bermulanya betapa rapatnya dia dengan Zimie. Kalau tak salah Zimie, dia memang selalu ke rumah Zimie untuk belajar. Daripada situ, barulah Zimie tahu bahawa dia ni ada hubungan bau-bau bacang dengan keluarga nenek Zimie. Zimie ambil dia sebagai anak angkat Zimie. Kebetulan pula di sekolah, ada program Mentor-Mentee. Dia dipilih sebagai anak angkat Zimie. Maka, makin rapatlah hubungan kami.

Teruk juga dia ni kena belasah sebab selalu main-main sewaktu tusyen dan belajar dengan Zimie. Sebab dia ni pandai sangat, jadi dia cepat rasa boring bila belajar. Jadi, Zimie jemput beberapa orang kawan dia yang lain supaya dia dapat belajar dengan seronok. Makanya, setiap hujung minggu, rumah Zimie dipenuhi oleh mereka. Keadaan keluarga dia ni nampak memang susah. Emaknya tiada pekerjaan yang tetap. Mulakan bisnes, ada pula orang tak puas hati. Kena berhenti meniaga. Akhirnya, dia kerja sebagai tukang jahit. Itupun tidak menentu.
Pernah sekali Zimie dengar dia pergi ke rumah datuknya untuk meminta beras. Ya Allah, jatuh kasihan dan simpati dengan nasib yang menimpa keluarganya. Datuk dan nenek dia ni sekampung dengan Zimie. Kami bersaudara, tapi jauh sikitlah. Dia ni duduk de
ngan emak dan 4 adik beradik yang lain di kampung sebelah. Rumahnya usang. Kasihan Zimie tengok. Akhirnya, Zimie call emak dia. Minta izin untuk membelikan barang-barang keperluan persekolahan dia dan 2 adik dia yang lain. 2 lagi abangnya Zimie tak mampu nak bantu. Emaknya sebak ketika menerima pelawaan Zimie.

Sejak daripada itu, emak dia selalu hantar di ke rumah Zimie untuk tusyen dan belajar. Senang
Zimie boleh hantar kalau ada kelas tambahan. Kurang sedikitlah beban emak dia. Nenek Zimie pun dah mula sayangkan dia. Sebab dia baik, tidak pernah tinggal solat dan rajin. Dia pernah cakap dengan Zimie, dia tidak pernah makan sedap-sedap macam dia makan kat rumah Zimie. Nak meleleh air mata Zimie. Tak apa, apa yang Zimie makan, dia makanlah. Pernah beberapa kali dia menangis sebab dia rindukan ayah dia. Mula-mula Zimie tak tahu nak buat apa. Dia peluk Zimie dan menangis sepuas-puasnya. Tak semena-mena Zimie pun menangis. Adoi, budak ni.

Banyak benda baru dia dapat merasa bila dengan keluarga Zimie. Dia tak ada kakak. Jadi, adik Zimie dah jadi macam kakak dia. Pernah sekali tu, dia cakap "Cikgu, jom tengok kak Nani kat matrik, rindu lak.." Dia pun rapat dengan sepupu Zimie yg dia panggil kak nyah dan kak yoi. Akhirnya, selepas UPSR, dia dapat 5A. Alhamdulillah. Itulah hadiah paling bermakna yang dia bagi pada Zimie sebagai balasan. Zimie bersyukur sangat-sangat.
Usaha
kami berbaloi. Banyak jugalah hadiah yang dia dapat. Adik dan sepupu Zimie pun beri hadiah pada dia. Zimie hanya cakap "kalau dapat 5A, cikgu bawa jalan-jalan kat KL" Dia suka sangat sebab memang dah lama dia nak jalan-jalan di KL. Alamak. Nampaknya, Zimie kenalah bawa dia jalan-jalan. Tahniah Muhammad Azmil bin Amran sebab berjaya buktikan pada cikgu yang Azmil boleh berjaya. Usaha Azmil dah terbayar. Pasti arwah ayah Azmil bangga dengan Azmil.

No comments: