Sunday, March 29, 2009

AL-FATIHAH-Dr. Amin Tai Abdullah-Ampang Puteri Specialist Hospital...

Dua hari yang lepas, Zimie menonton TV. Ada berita mengisahkan dia doktor pakr kanak-kanak Ampang Puteri hilang tanpa dapat dikesan. Bila diamati dengan teliti, salah seorang daripadanya adalah doktor peribadi Zimie sewaktu Zimie kanak-kanak dahulu. Zimie berdoa agar dia ditemui dalam keadaan yang selamat. Malam tadi, selepas kecoh dan riuh meriah orang Malaysia menyambut EART HOUR, Zimie dikejutkan dengan berita kematian Dr. Amin semasa menonton Nightline TV3. Zimie sedih sangat. Arwah begitu baik dan lembut sekali sewaktu merawat Zimie. Biarpun Zimie sakit, arwah pandai menenangkan Zimie. Salam takziah buat keluarga arwah. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah....

KUALA LUMPUR – Misteri kehilangan dua doktor pakar kanak-kanak Hospital Ampang Puteri sejak Rabu lalu terjawab apabila polis menemui mayat mereka di Bukit Taboh, Taman Melawati di sini semalam.

Mayat Dr. Haliza Mohd. Shafie, 53, dan rakannya, Dr. Amin Tai Abdullah@Tai Yun Ming, 57, dijumpai pada ketinggian lebih 1,000 meter oleh sepasukan polis yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat di situ sebaik saja menerima maklumat mengenai penemuan kereta Haliza.

Kereta jenis Nissan Latio warna hitam dengan nombor pendaftaran BKF 304 milik Haliza itu ditemui oleh suaminya di Bukit Taboh pada pukul 7 pagi semalam selepas kenderaan itu dipercayai dapat dikesan menggunakan sistem pengesanan global (GPS).

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supritendan Amiruddin Jamaluddin berkata, sebaik saja dimaklumkan mengenai penemuan kereta tersebut, pihaknya percaya yang kedua-dua mangsa telah mendaki bukit tersebut.

Katanya, andaian tersebut dibuat memandangkan kedua-duanya mempunyai hobi yang sama iaitu mendaki gunung.

“Mereka tidak memaklumkan kepada sesiapa pun yang mereka hendak mendaki bukit tersebut termasuk ahli keluarga dan polis bantuan yang berkawal di pos pengawal di kaki bukit tersebut.

“Dengan berbekalkan petunjuk tersebut, kita telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat bersama Jabatan Bomba dan JPA 3 melibatkan seramai 38 anggota,’’ katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Semalam Kosmo! melaporkan, mereka kali terakhir dilihat keluar dari hospital berkenaan pukul 11.30 pagi Rabu lalu dan sejak itu tidak hadir bertugas atau pulang ke rumah.

Tambahnya, selepas tujuh jam melancarkan operasi yang turut menggunakan khidmat helikopter, pihaknya mengesan dua objek menyerupai manusia yang terbaring dan tidak bergerak dari udara pada pukul 2.15 petang.

“Selepas kita pergi dengan lebih dekat menggunakan jalan darat, baru kita dapat mengesahkan terdapat dua mayat yang telah berulat dipercayai telah mati sejak tiga hari lalu,’’ katanya.

Katanya, mayat Haliza dapat dikeluarkan pada pukul 3.30 petang manakala mayat Amin Tai 15 minit kemudian.

“Mereka mungkin telah tersalah langkah dan terjatuh ketika berjalan di atas trek,’’ katanya.

sumber : http://www.kosmo.com.my/

Tuesday, March 24, 2009

OIAM 3 vs AF 7





Demam rancangan realiti telah mula melanda Malaysia..Biarpun sebelum ini wujud beberapa rancangan realiti yang lain, tetapi 2 rancangan realiti yang ingin Zimie perkatakan di sini cukup menarik.

1- kerana hadiah wang yang lumayan yang ditawarkan.
2- kerana populariti yang bakal dijanjikan oleh rancangan tersebut.

Oleh sebab itu, berlumba-lumbalah rakyat Malaysia yang mempunyai suara yang cukup unik dan pelbagai datang dari seluruh pelusuk negara ke ujibakat untuk melayakkan diri mereka ke peringkat akhir. Namun, ada di antara mereka yang masih tidak lagi menyedari akan kelebihan dan kekurangan diri masing-masing. Maka, kita disajikan dengan bakat-bakat yang tidak berbakat untuk dijadikan bahawa gelak ketawa.

Apa yang Zimie ingin perkatakan di sini ialah adakah rancangan realiti tv ini masih lagi relevan dengan usia mereka yang sudah semakin matang. Misalnya, AF. Sudah menjengah ke musim yang ke-7. Tetapi, di manakah tahap bakat mereka? Adakah mampu menjadi seperti Allahyarham Sudirman Hj Arshad atau menandingi kehebatan Dato' Siti Nurhaliza? Situasi ini kita masih lagi belum mampu untuk melihatnya.

Jadi, apa pendapat bloggers yang lain? Antara ONE IN A MILLION dan AKADEMI FANTASIA, manakah yang mampu melahirkan bakat penghibur yang bertaraf antarabangsa? Apakah transformasi yang dijanjikan mampu melahirkan sebutir bintang yang berkilauan di persada dunia? Atau adakah wang lumayang bernilai RM 1 juta mendorong mereka buat yang terbaik?

Zimie sendiri tidak dapat lepas daripada mengikuti kedua-dua program ini. Bagi Zimie, Zimie lebih memihak kepada OIAM 3 - FIND YOUR OWN VOICE...kalau kita lihat, banyak bakat baru yang berkualiti dalam OIAM 3 ini. Dengan peningkatan mutu persembahan dan vokal yang tersendiri, OIAM 3 mampu melahirkan bintang-bintang yang menggegarkan. Pilihan TOP 3 Zimie untuk OIAM 3 ini ialah :

1-Tomok
2-Esther
3-Amylea


Bagi AKADEMI FANTASIA 7 pula, ia baru sahaja bermula 2 minggu. Pemerhatian awal Zimie, peserta yang memberi saingan sengit dalam AF 7 kali ini ialah :

1-Isma
2-Hafiz
3-Aishah





Apa-apa pun, terpulang pada anda. Anda juga berhak mengkritik dan menyukai mana-mana rancangan yang anda suka. Tetapi, adakah berbaloi duit anda dengan SMS kepada pelajar atau peserta kesayangan anda? Pesan Zimie, undilah berdasarkan bakat...Bukan kerana rupa, bukan kerana dia adalah kawan atau keluarga kita. Selamat berhibur...

Thursday, March 5, 2009

I MISS HER...so much...

Huhu..tiba-tiba je Zimie rasa rindu pada buah hati Zimie. lama tak berjumpa dengannya. walaupun kami berada di dalam keadaan yang terlalu sukar untuk dimengertikan, tetapi Zimie terlalu rindukan dia. Zimie mengharapkan agar mama dia tidak akan dipindahkan ke Pekan, Pahang pada bulan 6 ini. Zimie selalu berdoa agar mereka berpindah pada hujung tahun ini. Kerana ketika itu, Zimie akan menamatkan ijazah Zimie dan menunggu pihak kementerian menempatkan Zimie di mana-mana sahaja. ketika itu, Zimie telah bersedia untuk menghadapi 'perpisahan' ini. Zimie berharap sangat agar Zimie dapat ditempatkan di Sabah. ketika itu juga, Zimie mengharapkan si dia akan berjumpa dengan Zimie buat kali terakhir. Zimie rindukan dia. terlalu rindu. Zimie sayangkan dia. sayang..i love you, sayang...





Wednesday, March 4, 2009

'GENG' - perlu dibela oleh semua...

Salam betul...betull.betul.. untuk semua..Sebenarnya, Zimie tak beberapa sihat sangat ketika menulis post ini. Tetapi, disebabkan berita yang Zimie baca tadi, Zimie gagahkan juga jari jemari Zimie untuk menulis post ini. Post ini ditulis khas untuk memprotes tindakan pawagam2 yang terdapat di Malaysia ini yang tidak akan melanjutkan tempoh tayangan GENG PENGEMBARAAN BERMULA...Zimie memang marah betul...bak kata Ipin " geram..geram..geram.."

Mana tidaknya, melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar UTUSAN iaitu :

"Namun, agak menghairankan ketika sambutan Geng semakin hangat, pihak pawagam kononnya dikatakan mahu menarik tayangan filem tersebut.

Antara alasan tidak masuk akal yang diberi kerana mereka mahu 'memberi laluan' kepada banyak filem lain termasuklah filem tempatan dan asing."

Zimie memang tidak berpuas hati betul..Ada ke patut begitu? Kalau diikutkan maklum balas yang diterima, filem GENG ini mampu memberi keuntungan kepada semua pawagam di Malaysia ini. Tetapi, Zimie dapat merasakan ada beberapa pihak yang seakan-akan tidak berpuas hati dengan kejayaan filem GENG ini..Jika difikirkan secara logiknya, andai kata filem GENG disambung tempoh tayangan sehingga cuti sekolah bulan Mac yang akan bermula 14 Mac ini, pasti semua pawagam terpaksa menghentikan buat seketika tayangan filem-filem lain. Ini kerana, permintaan yang terlalu tinggi untuk menonton GENG.

Secara logiknya, bulan 3 ini, pastinya ibubapa telah memasang angan-angan untuk membawa anak-anak mereka bersiar-siar. Dan sudah tentu salah satu acara wajib bagi mereka adalah menonton filem GENG. Come on la... Fikirkan betul-betul. Siapa lagi yang akan sokong filem kita sendiri kalau bukan kita? Nak harapkan orang luar, pasti sukar, bukan?

Bagi mengukuhkan lagi hujah Zimie, dapat anda bayangkan berapa ramai anak-anak yang berumur antara 7 tahun hingga 18 tahun yang menantikan cuti bulan 3 ini untuk menonton GENG? Sudah pasti pecah panggung punya. Itu tidak termasuk lagi 'cikgu-cikgu' yang akan mengambil kesempatan sempena cuti ini untuk menonton filem kesukaan anak-anak murid mereka... Anak murid Zimie yang berada di Negeri Sembilan dan Kuala Selangor sudah beberapa kali mengajak Zimie untuk menonton GENG bersama-sama.

Sudahkan jelas aura dan fenomena yang dicetuskan oleh team LCP atas penerbitan GENG PENGEMBARAAN BERMULA dan siri UPIN IPIN? Tepuk dada, tanyalah diri sendiri. Zimie terlalu berharap agar tayangan GENG akan dilanjutkan untuk memberi peluang kepada penggemar Upin Ipin dan Oopet untuk menonton filem tersebut.. Kepada LCP, Zimie ucapkan tahniah dan semoga impian 10 juta ringgit akan menjadi kenyataan. Insya Allah...


Betul..Betul..Betul...