Tuesday, March 24, 2009

OIAM 3 vs AF 7





Demam rancangan realiti telah mula melanda Malaysia..Biarpun sebelum ini wujud beberapa rancangan realiti yang lain, tetapi 2 rancangan realiti yang ingin Zimie perkatakan di sini cukup menarik.

1- kerana hadiah wang yang lumayan yang ditawarkan.
2- kerana populariti yang bakal dijanjikan oleh rancangan tersebut.

Oleh sebab itu, berlumba-lumbalah rakyat Malaysia yang mempunyai suara yang cukup unik dan pelbagai datang dari seluruh pelusuk negara ke ujibakat untuk melayakkan diri mereka ke peringkat akhir. Namun, ada di antara mereka yang masih tidak lagi menyedari akan kelebihan dan kekurangan diri masing-masing. Maka, kita disajikan dengan bakat-bakat yang tidak berbakat untuk dijadikan bahawa gelak ketawa.

Apa yang Zimie ingin perkatakan di sini ialah adakah rancangan realiti tv ini masih lagi relevan dengan usia mereka yang sudah semakin matang. Misalnya, AF. Sudah menjengah ke musim yang ke-7. Tetapi, di manakah tahap bakat mereka? Adakah mampu menjadi seperti Allahyarham Sudirman Hj Arshad atau menandingi kehebatan Dato' Siti Nurhaliza? Situasi ini kita masih lagi belum mampu untuk melihatnya.

Jadi, apa pendapat bloggers yang lain? Antara ONE IN A MILLION dan AKADEMI FANTASIA, manakah yang mampu melahirkan bakat penghibur yang bertaraf antarabangsa? Apakah transformasi yang dijanjikan mampu melahirkan sebutir bintang yang berkilauan di persada dunia? Atau adakah wang lumayang bernilai RM 1 juta mendorong mereka buat yang terbaik?

Zimie sendiri tidak dapat lepas daripada mengikuti kedua-dua program ini. Bagi Zimie, Zimie lebih memihak kepada OIAM 3 - FIND YOUR OWN VOICE...kalau kita lihat, banyak bakat baru yang berkualiti dalam OIAM 3 ini. Dengan peningkatan mutu persembahan dan vokal yang tersendiri, OIAM 3 mampu melahirkan bintang-bintang yang menggegarkan. Pilihan TOP 3 Zimie untuk OIAM 3 ini ialah :

1-Tomok
2-Esther
3-Amylea


Bagi AKADEMI FANTASIA 7 pula, ia baru sahaja bermula 2 minggu. Pemerhatian awal Zimie, peserta yang memberi saingan sengit dalam AF 7 kali ini ialah :

1-Isma
2-Hafiz
3-Aishah





Apa-apa pun, terpulang pada anda. Anda juga berhak mengkritik dan menyukai mana-mana rancangan yang anda suka. Tetapi, adakah berbaloi duit anda dengan SMS kepada pelajar atau peserta kesayangan anda? Pesan Zimie, undilah berdasarkan bakat...Bukan kerana rupa, bukan kerana dia adalah kawan atau keluarga kita. Selamat berhibur...

7 comments:

Eazy Izzuddin said...

hmm...
oIam 3 vs Af7

dlm blog anda sye sokong peserta2 tersebut...

cume af n oiam mungkin hasilnya populariti...

klu nk jd cam dato siti dr bintangg rtm lorh....
=)

thanks jd follower..
xD

ina said...

dato ct?allahyarham sudirman?umm..mereka tidak dpt di lawan...mereka mmg hebat..tp dihati??zz and dn jd pilihan..eheheh

aMir RaYYaN said...

salam...ist time comment here..Cakap pasal AF,OIAM dan macam2 lg realiti tv,mungkin kita terlalu terdesak mencari Dato Siti yg baru...

ramai bakat baru muncul tp kehebatan Dato siti sukar digugat..kerana apa??keran dato siti itu sgt komited..sgt rendah diri..sgt berterima kasih..walalu berjuta yg muncul untuk menjadi terbaik susah sbnrnya nak tandingi bintang yg satu itu...

Kita pernah ada zaman Allahyarham P Ramlee namun fenomenanya berbeza..kemudian kita dikejutkan dgn personaliti mantap Allahyarham sudirman yg terkenal dizamannya...dan kini di kitaberada di zaman kegemilangan yg amat panjang untuk dato siti...
11tahun diangkat penyanyi wanita popular...10 kali di angkat vokal terbaik kategori wanita...dan setiap produk yg di hasilkan memenangi pelbagai anugerh dlm dan luar negara..

rasanya sukar mencari pengganti dato siti buat masa ini..

apa pon all the best to ARIL,AKIM,ISMA dlm Af...kalian mmg best..

Ira Azeera said...

OIAM x tgk la.. AF pun tgk 1st week jek.. tp AF ni popular lebey.. hehehe.. pape pun, tgk je la, end of the day, sape yg jadik shining star.. :D

zimie said...

see...sape tgok oiam mlm ni td?
kan btul jangkaan zimie
tomok, esther n amylea pasti buat yg terbaik...
harap2 esther nyanyi lagu gary more mgu dpn..still got the blues

anyway, gud luck to all of u..
juz x sabar jer nak tgok bdk2 af perfom mlm sok

wh0se said...

zimie..nice job...very nice ur opinion...whose rasa zimie leh jd penganalisis yang berjaya...selamat maju jaya...

ikaa said...

OIAM mmg lagi bagus. OIAM benar2 mencungkil bakat penyanyi. Peserta OIAM lebih berdikari dlm mencari hala tuju. Mereka pilih lagu sendiri, buat arrangement lagu sendiri.

Banding dgn AF 7, banyak sgt suap. Lagu pun, pengajar yg pilih, arrangment pun diajar oleh pengajar. Peserta nampak tak matang.

Mmg lah, AF ialah akademi, pusat utk mengajar, tapi kalau berterusan mcm tu, pelajar AF susah nak berdikari bila keluar dari AF. Payah nak luaskan sayap.

Hanya pelajar AF yg ada kekuatan dlman, ada semangat utk berdikari shaja yg bleh terus melangkah. Cthnya Aizat.