Wednesday, March 4, 2009

'GENG' - perlu dibela oleh semua...

Salam betul...betull.betul.. untuk semua..Sebenarnya, Zimie tak beberapa sihat sangat ketika menulis post ini. Tetapi, disebabkan berita yang Zimie baca tadi, Zimie gagahkan juga jari jemari Zimie untuk menulis post ini. Post ini ditulis khas untuk memprotes tindakan pawagam2 yang terdapat di Malaysia ini yang tidak akan melanjutkan tempoh tayangan GENG PENGEMBARAAN BERMULA...Zimie memang marah betul...bak kata Ipin " geram..geram..geram.."

Mana tidaknya, melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar UTUSAN iaitu :

"Namun, agak menghairankan ketika sambutan Geng semakin hangat, pihak pawagam kononnya dikatakan mahu menarik tayangan filem tersebut.

Antara alasan tidak masuk akal yang diberi kerana mereka mahu 'memberi laluan' kepada banyak filem lain termasuklah filem tempatan dan asing."

Zimie memang tidak berpuas hati betul..Ada ke patut begitu? Kalau diikutkan maklum balas yang diterima, filem GENG ini mampu memberi keuntungan kepada semua pawagam di Malaysia ini. Tetapi, Zimie dapat merasakan ada beberapa pihak yang seakan-akan tidak berpuas hati dengan kejayaan filem GENG ini..Jika difikirkan secara logiknya, andai kata filem GENG disambung tempoh tayangan sehingga cuti sekolah bulan Mac yang akan bermula 14 Mac ini, pasti semua pawagam terpaksa menghentikan buat seketika tayangan filem-filem lain. Ini kerana, permintaan yang terlalu tinggi untuk menonton GENG.

Secara logiknya, bulan 3 ini, pastinya ibubapa telah memasang angan-angan untuk membawa anak-anak mereka bersiar-siar. Dan sudah tentu salah satu acara wajib bagi mereka adalah menonton filem GENG. Come on la... Fikirkan betul-betul. Siapa lagi yang akan sokong filem kita sendiri kalau bukan kita? Nak harapkan orang luar, pasti sukar, bukan?

Bagi mengukuhkan lagi hujah Zimie, dapat anda bayangkan berapa ramai anak-anak yang berumur antara 7 tahun hingga 18 tahun yang menantikan cuti bulan 3 ini untuk menonton GENG? Sudah pasti pecah panggung punya. Itu tidak termasuk lagi 'cikgu-cikgu' yang akan mengambil kesempatan sempena cuti ini untuk menonton filem kesukaan anak-anak murid mereka... Anak murid Zimie yang berada di Negeri Sembilan dan Kuala Selangor sudah beberapa kali mengajak Zimie untuk menonton GENG bersama-sama.

Sudahkan jelas aura dan fenomena yang dicetuskan oleh team LCP atas penerbitan GENG PENGEMBARAAN BERMULA dan siri UPIN IPIN? Tepuk dada, tanyalah diri sendiri. Zimie terlalu berharap agar tayangan GENG akan dilanjutkan untuk memberi peluang kepada penggemar Upin Ipin dan Oopet untuk menonton filem tersebut.. Kepada LCP, Zimie ucapkan tahniah dan semoga impian 10 juta ringgit akan menjadi kenyataan. Insya Allah...


Betul..Betul..Betul...

1 comment:

suezensuzanna said...

betul betul betul!!!