Sunday, March 29, 2009

AL-FATIHAH-Dr. Amin Tai Abdullah-Ampang Puteri Specialist Hospital...

Dua hari yang lepas, Zimie menonton TV. Ada berita mengisahkan dia doktor pakr kanak-kanak Ampang Puteri hilang tanpa dapat dikesan. Bila diamati dengan teliti, salah seorang daripadanya adalah doktor peribadi Zimie sewaktu Zimie kanak-kanak dahulu. Zimie berdoa agar dia ditemui dalam keadaan yang selamat. Malam tadi, selepas kecoh dan riuh meriah orang Malaysia menyambut EART HOUR, Zimie dikejutkan dengan berita kematian Dr. Amin semasa menonton Nightline TV3. Zimie sedih sangat. Arwah begitu baik dan lembut sekali sewaktu merawat Zimie. Biarpun Zimie sakit, arwah pandai menenangkan Zimie. Salam takziah buat keluarga arwah. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah....

KUALA LUMPUR – Misteri kehilangan dua doktor pakar kanak-kanak Hospital Ampang Puteri sejak Rabu lalu terjawab apabila polis menemui mayat mereka di Bukit Taboh, Taman Melawati di sini semalam.

Mayat Dr. Haliza Mohd. Shafie, 53, dan rakannya, Dr. Amin Tai Abdullah@Tai Yun Ming, 57, dijumpai pada ketinggian lebih 1,000 meter oleh sepasukan polis yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat di situ sebaik saja menerima maklumat mengenai penemuan kereta Haliza.

Kereta jenis Nissan Latio warna hitam dengan nombor pendaftaran BKF 304 milik Haliza itu ditemui oleh suaminya di Bukit Taboh pada pukul 7 pagi semalam selepas kenderaan itu dipercayai dapat dikesan menggunakan sistem pengesanan global (GPS).

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supritendan Amiruddin Jamaluddin berkata, sebaik saja dimaklumkan mengenai penemuan kereta tersebut, pihaknya percaya yang kedua-dua mangsa telah mendaki bukit tersebut.

Katanya, andaian tersebut dibuat memandangkan kedua-duanya mempunyai hobi yang sama iaitu mendaki gunung.

“Mereka tidak memaklumkan kepada sesiapa pun yang mereka hendak mendaki bukit tersebut termasuk ahli keluarga dan polis bantuan yang berkawal di pos pengawal di kaki bukit tersebut.

“Dengan berbekalkan petunjuk tersebut, kita telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat bersama Jabatan Bomba dan JPA 3 melibatkan seramai 38 anggota,’’ katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Semalam Kosmo! melaporkan, mereka kali terakhir dilihat keluar dari hospital berkenaan pukul 11.30 pagi Rabu lalu dan sejak itu tidak hadir bertugas atau pulang ke rumah.

Tambahnya, selepas tujuh jam melancarkan operasi yang turut menggunakan khidmat helikopter, pihaknya mengesan dua objek menyerupai manusia yang terbaring dan tidak bergerak dari udara pada pukul 2.15 petang.

“Selepas kita pergi dengan lebih dekat menggunakan jalan darat, baru kita dapat mengesahkan terdapat dua mayat yang telah berulat dipercayai telah mati sejak tiga hari lalu,’’ katanya.

Katanya, mayat Haliza dapat dikeluarkan pada pukul 3.30 petang manakala mayat Amin Tai 15 minit kemudian.

“Mereka mungkin telah tersalah langkah dan terjatuh ketika berjalan di atas trek,’’ katanya.

sumber : http://www.kosmo.com.my/

5 comments:

Qarl said...

takziah..

kita kehilangan dua lg insan penting yg sepatutnya dlm berbakti kepada masyrakat

Blog Eazy Izzuddin said...

ucapan takziah pada keluarga...
=)

Anonymous said...

takziah sy ucapkan..
sabar jela
al-fatihah

Anonymous said...

takziah jugak...
ko sakit ape dulu?

husni said...

whose tergamam saat mengetahui berita tersebut...sabar yer...