Sunday, August 2, 2009

A TRIBUTE TO YASMIN AHMAD


Zimie tahu, sudah banyak blog yang sudah menulis akan perkara ini. Zimie rasa, Zimie juga perlu menunjukkan penghormatan dan penghargaan buat Allahyarham Yasmin Ahmad. Ada banyak sebab mengapa Zimie menulis post kali ini. Ini kerana Zimie terlalu menyanjungi karya yang pernah dihasilkan oleh Yasmin Ahmad sama ada iklan mahupun filem yang dihasilkan oleh Allahyarham. Di sini, Zimie dengan rasa bangga ingin menyatakan bahawa YASMIN AHMAD ialah 'THE BEST STORY-TELLER IN THE WORLD'. Hanya inilah yang mampu Zimie perkatakan atas jasa-jasa 'author-director yang bergelar Yasmin Ahmad ini. Zimie juga berasa terkilan kerana Allahyarham tidak sempat untuk membalas komen yang Zimie titipkan di dalam blog beliau. Kerana Allah lebih menyayangi beliau...


Yasmin Ahmad merupakan seorang yang boleh dikatakan sebagai 'reminder' kepada beberapa golongan yang sudah lari daripada konsep kasih sayang antara ahli di dalam keluarga. Zimie tak dapat nafikan bahawa kenyataan itu benar kerana Zimie sendiri dapat merasakan bagaimana jalan cerita yang digarap oleh Yasmin Ahmad mampu menyentuh hati Zimie dan menyedarkan Zimie. Buktinya, adegan Syafie Naswip dan Azean Irdawaty di dalam Talentime. Banyak adegan antara mereka berdua mengingatkan kembali antara Zimie dengan Mama Zimie. Thanks to Yasmin.. Yasmin Ahmad telah menyedarkan saya apa itu 'PENGORBANAN SEORANG IBU'..


Yasmin Ahmad juga sama seperti yang diwar-warkan oleh pihak media sekarang sebagai seorang pembuat cerita yang menekankan
1 MALAYSIA...
Tidak dapat disangkal lagi, setiap filemnya terdapat unsur-unsur perkauman yang kadang kala boleh mencetuskan kontroversi. Tetapi itulah hakikat dan kenyataan yang sedang berlaku sekarang ini. Yasmin Ahmad sungguh berani melaungkannya demi menyedarkan kita masyarakat Malaysia yang semakin hanyut dengan materialistik sehinggakan meninggalkan nilai-nilai murni kita.




Karya Yasmin Ahmad juga dengan bangganya mengangkat nilai keikhlasan, kebersihan hati, toleransi dan perasaan hormat telah menyedarkan Zimie betapa tulusnya jiwa dan betapa jauhnya pandangan Yasmin Ahmad sebagai warganegara Malaysia. Iklan dan filem yang dihasilkan bukan sahaj untuk tujuan hiburan, tetapi pasti sarat dengan mesej-mesejnya.



Pengalaman Zimie yang tak boleh Zimie lupakan ialah semasa Zimie pergi menonton Talentime di GSC, Mid Valley. Selepas habis kuliah, Zimie pergi seorang diri ke sana kerana hati Zimie seakan-akan terpanggil untuk menonton cerita ini. Pada mulanya, hanya Zimie seorang sahaja yang berada di dalam panggung. Tetapi, apabila cerita sudah mula ditayangkan, satu per satu penonton masuk. Zimie anggap mereka di kalangan pencinta filem Melayu yang sudah tentunya orang Melayu. Terdengarlah esakan-esakan sendu serta tawa riang penonton di dalam panggung. Selesai sahaja tayangan, apa yang mengejutkan saya ialah kebanyakan penonton di dalam panggung tersebut bukanlah orang Melayu. Paling ramai ialah orang Cina dan sedikit orang India. You know what I'm trying to say???




Apa yang mampu Zimie katakan, She Is The One... As what her mom's said 'She is ONE IN A MILLION'. Yasmin Ahmad tiada penggantinya. Yasmin Ahmad is Yasmin Ahmd. Zimie akan merindui beliau. Zimie akan merindui karya-karya beliau. Dapatkah lagi kita melihat iklan-iklan yang bermakna sempena kedatangan Merdeka dan Aidilfitri ini???













AL-FATIHAH
buat

YASMIN AHMAD


May Yasmin in Peace there!


KREDIT :

2 comments:

Eazy Izzuddin said...

yeah
she's one in million..
alfatihah

afiq said...

aku x boley tengok lagi berite2 pasal die....sedih giler....