Monday, April 5, 2010

AF 8 konsert ke-3 ---> pendapat Zimie

Memeranjatkan! Sungguh memeranjatkan! Itulah keputusan yang telah dilakukan oleh rakyat Malaysia.. Dan kita terpaksa akur dengan keputusan itu. Tersingkirnya Anum dari AF 8 telah membuktikan bahawa Anum tidak kuat sama seperti yang disangkakan.. Berdasarkan kedudukan undian Anum untuk dua konsert sebelum ini, Anum begitu selesa dengan kedudukan yang tinggi dan tidak pernah sekali pun terjerumus ke zon bahaya.. Namun, 4 April 2010 yang lalu, nyata nasib tidak menyebelahi Ain.. Zimie sendiri terperanjat.. Biarpun Zimie tidak mengundi Anum, tetapi Ain, tetapi Zimie juga turut merasai apa yang dirasai oleh pengundi-pengundi Anum.. Memberikan persembahan yang bertenaga dan cukup baik sekali pada malam konsert yang ketiga, Anum tidak mampu bertahan ke konsert yang keempat. Apa yang Zimie dapat tafsirkan ialah pengundi-pengundi Anum begitu leka dengan kedudukan selamat Anum sebelum ini sama seperti apa yang telah berlaku pada Linda Nanuwil AF 2.. Berikut adalah pilihan 3 terbaik dan terburuk Zimie untuk konsert ke-3 ini.. Over all.. Hambar! Hambar! Hambar!


3 Terbaik Pilihan Zimie


1 - Anum - Kau dan Aku
Nyanyian bese2 jer.. suara lak ada serak2.. tp besh.. sbb Anum berjaya pecahkan tembok keberanian pelajar yg xde kat budak2 Af lain.. tahniah.. mmg besh r.. terhibur.. terubat kekecewaan dgn persembahan bdk2 Af sblm tu.. 2 lampu HIJAU utk Anum..

2 - Alif - Suatu Janji
Mcm bese r, Alif mmg konsisten.. suara pun sedap.. besh r.. cuma kena kreatif sikit lg.. kalo x, mst leh dpt undi bnyk..

3 - Ain - Cinta Antara Benua
Persembahan biasa2 jer.. cuma suara dia mmg besh.. aku suka sgt sbb dia terselamat.. puas gak mngundi.. hehe.. suara ain ni something r.. merdu.. kalo nyanyi lagu org putih mst meletup.. tahniah ain.. welcome back to af..


3 Terburuk Pilihan Zimie


1 - Farina - Cantik
hmm.. bila dia dpt lagu ni, aku dpt bygkn betapa divanyer dia nnt atas pentas.. diva bkn sbb suara besh.. tp ntah r.. susah nak ckp.. bosan weih tgok dia ni.. pe yg dia ada.. nape dia masih ada dlm af.. dlm debaran aritu, dia nyaris2 kuar.. nape bkn dia yg kua.. kan sng sikit.. tp skrg ni ( 5 april 2010) undian dia naik mendadak.. terus naik no 1.. giler ape.. siapa r undi dia ni.. pe dia ada.. x sedap r.. tlog r outkan dia..

2 - Nad - Bulan Cinta
"Nad bersalah".. tu yg dia luahkan.. hmm.. patut pun.. nad, better nad bangkit pasni kalo btul2 nak terus ada dlm akademi.. boring r tgok psmbhn nad.. xde improvement lgsug.. teruk.. x hayati lgu tu btul2.. mmg r susah kalo dpt lagu yg x suka.. tp ni akademi.. pertandingan.. kna r ada effort nak bjya.. x penah pun duduk dlm zon bahaya.. pelik tul..

3 - Shahir -
entah r mamat ni.. xde yg menariknyer.. aku tgok pun naik ngantuk aku.. da r..



KESIMPULANNYA


astro perlu buat sesuatu.. Zimie rasakan terlalu banyak masalah.. antaranya ialah :

1- pemilihan lagu yang tidak sesuai
2- fokus pembelajaran kurang, banyak aktiviti lain yang kurang berfaedah
3- lagu dipotong pendek.. feel susah nak dapat
4- budak2 Af ni manja sangat..
5- kurangkan gangguan VT yang mengarut2 tu..
6- beri kebebasan pd pelajar utk tentukan corak persembahan; tenaga pengajar sbg fasilitator
7- faktor X pelajar x dikesan lg..
8- AF musim ke-8 ini memang HAMBAR

plz do something..







1 comment:

whose12 said...

ulasannya mantap...memang jelas anda seorang yang berfikiran kritis...teruskan...
saya suka baca blog kamu....