Wednesday, April 14, 2010

preview Konsert AF8 Minggu ke-4

Debaran konsert Akademi Fantasia ke-8 minggu ke-4 yang lepas menyaksikan perginya seorang pelajar yang berbakat dan bersuara besar iaitu Alif.. Pemergian Alif jelas menunjukkan bahawa pengundi program kesukaan ramai rakyat Malaysia ini mengundi berdasarkan faktor kenegerian dan rupa.. Ini ternyata pelajar yang masih tinggal di dalam akademi merupakan pelajar yang dikatakan memenuhi 'selera' mereka dan merupakan pelajar yang berasal dari negeri mereka. Sikap ini perlu ditinggalkan. Bagi Zimie, Alif seorang pelajar yang berbakat. Biar apa pun jua orang mengata pasal Alif seperti 'seperti perempuan' atau 'suara tak sama tone semasa bercakap', pedulikan semua itu. Yang penting Alif berbakat.. Terpaksa akur, kita teruskan perjalanan 8 pelajar yang tinggal di dalam akademi.



Top 3 Pilihan Zimie


1- Ain - Kawan by Ruhil Amani
WOW! Itu yang dikatakan oleh pengetua AF8, Norman. Persembahan yang mengagumkan. Bak kata Adlin 'seperti dah ada 3 album'. Mendapat 2 lampu hijau walaupun Ain sepatutnya dapat 3 lampu hijau. Suara memang best. Persembahan yang dinanti-nantikan oleh Zimie. Ain berjaya memukau Zimie. Peliknya, Ain kurang mendapat tepukan pada malam itu. Apa sudah jadi dengan penonton? Persembahan yang menarik dan bertenaga dibiarkan begitu sahaja. Tetapi persembahan yang hancur dan teruk seperti Nad dan Iwan, diberikan tepukan yang gemuruh. Faktor utama ialah Ain pelajar dari Sabah. Sukar bagi penyokong Ain di Sabah mahu datang ke konsert. Apa-apa pun, Ain merupakan pelajar pilihan Zimie. Tahniah Ain! Teruskan usaha Ain! Saksikan persembahan Ain dengan lagu Halo dari Beyonce.

2- Maulana - Biarkan by Vince Chong
Bagus. Penghayatan pun bagus. Menerima nasib yang sama dengan Ain dari segi undian. Kerap diletakkan di dalam zon bahaya. Talent ada. Rupa ada. Tetapi kenapa undian masih rendah lagi. Over all, Maulana did the best malam itu. All the best for the next concert.

3- Adira - Biarlah by Nidji
Sebenarnya, tiada apa yang best pun Adira ni bagi Zimie. Dipilih di dalam list ni pun sebab dah xde student lain yang best. Adira punya suara waktu nyanyi lagu Nidji ni mmg teruk.. Entah jenis suara apa entah dia guna.


3 Teruk Pilihan Zimie


1- Farina - Teruskanlah by Agnes Monica
Memang teruk. Dia nia asyik duduk dalam carta terteruk Zimie selama 4 minggu. Apa lagi dia ni nak tunjukkan. Dah r sombong.. Melawan lak tu.. Nak tunjuk best. Zimie benci r tengok Farina.. Outkan dia cepat2.. Teruk.. paling teruk dalam sejarah AF..

2- Iwan - Kekasih Gelapku by Ungu
Iwan telah mengecewakan orang2 nogori.. harap2 dia stay r.. hampir2 terkeluar

3- Nad - Realiti Dewi by Alyah
Ada peningkatan.. so, all the best to Nad..

2 comments:

Qarl said...

Maulana & Ain best

zimie said...

yes qarl.. setuju tu.. tp x besh r kisah2 cinta ni dipertontonkan.. akan memusnahkan karier diorg nnt