Tuesday, February 24, 2009

Makkk....Aku Mahu Kahwin...


Salam semua..hari ini Zimie nak berkongsi pendapat sedikit dengan anda semua..Ianya mengenai dengan PERKAHWINAN..Hoho..Dengar sahaja pasal KAHWIN, mesti anda semua sudah mula berangan pasal perkahwinan impian anda. Apa yang Zimie ingin perkatakan di sini ialah PERKAHWINAN merupakan suatu tuntutan hidup. Kita digalakkan berkahwin untuk memenuhi tuntutan yang sedia ada di dalam diri kita. Perkahwinan jika dirujuk di dalam Islam pula merupakan suatu perkara yang amat mulia. Kerana dengan perkahwinan, kita boleh mengelakkan berlakunya maksiat seperti ZINA, SEKS RAMBANG, SEKS SEJENIS dan jenayah seksual yang lain.

Firman Allah S.W.T.

'Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.'

(Yaasin: 36)


Zimie ingin berkongsi cerita kepada anda semua. Ia merupakan cerita yang benar-benar berlaku di sekeliling kehidupan Zimie. Cerita yang pertama, kawan Zimie (lelaki) telah mendirikan rumahtangga pada dua tahun yang lepas. Ini bermakna, umurnya sebaya dengan Zimie iaitu 23 tahun. Awal tahun 2009, Zimie diberitahu bahawa kawan Zimie sudah pun dikurniakan cahaya mata lelaki. Alhamdulillah. Cerita kedua, Zimie mempunyai kawan perempuan ( 4 orang ) dimana semuanya telah berkahwin. Tetapi, mereka tidak dibenarkan mengandung kerana mereka masih lagi mengikuti kursus ijazah pertama sama seperti Zimie. Maknanya, tahun depan, barulah mereka dibenarkan untuk 'mengandung'.

Sebenarnya, Zimie ingin meminta pendapat bloggers semua mengenai isu perkahwinan ini. Soalan Zimie ialah " APAKAH TAHAP UMUR YANG PALING IDEAL BAGI SESEORANG LELAKI ATAU PEREMPUAN BERKAHWIN? KENAPA?"

Zimie perlukan pendapat anda semua. Kalau diikutkanZimie, Zimie ingin menamatkan zaman bujang Zimie pada umur 33tahun, iaitu setelah Zimie mencapai cita-cita Zimie untuk memperoleh MASTER terlebih dahulu. Sama-samalah kita kongsikan di sini.

24 TAHUN?

27 TAHUN?

30 TAHUN?

40 TAHUN?


9 comments:

suezensuzanna said...

umur 33 thn tuk kahwin....yeah...its nt too late for a guy...but for a girl susah sket kot..but it should be no prob lah......orang kate..kalo jodoh dh smpi..mmg x leh nk elak dh..;)....chia you

AKURO SAN said...

Bagi saya, jodoh akan sampai pada org yg dah bersedia... tak kisah berapa pun umur mereka.. Bersedia yg saya maksudkan, bersedia dr segi rohani & jasmani.

Dah cukup matured, ada pengetahuan agama (at least fardhu ain'), dah boleh mendidik, boleh berdikari, ada pekerjaan tetap, dan dah ada pilihan hati, maka cepat la jodoh tu sampai...

soal umur tu, rasanya org skrg dah tak ikut sgt kot... Wallahu'alam...

aShaBuLz said...

umur....laki kawin lewat dalam below 35 is ok.

tapi kalau perempuan...org kata kawin awal lagi elok...

monopause...takut suami carik lain..

juz my opinion..huhu

p/s: nice blog.

Mimi said...

yup...stuju ngn Akuro San. Mimi sendiri dah kawen. Acctly kawen x kire umo, kalau dah jodoh tu smpai awal alhamdulillah. Kalau ikut kan nenek moyang kite dulu2 lagi la awl belasan tahun da kawen. Tp utk gurl la, gurl lambat2 kawen nnt x de yg nak huhuhu....

ummi balqis said...

oo pasal kawen ekk.. sebenarnya, kalo bab ni, kita ikut diri kita mcm mana... masa tu akan dtg sbb nnt kita akan tiba2 je bersedia... umo tak kisah.. ada org tu kawen muda gila.. tp ok je sbb matang, tahu mana yg dulu mana komdian.. ade yg umo 35 pun tak matang2... so tepuk kepala... tanya diri sniri.. =)

wh0se said...

Ikut jodoh la..kalau dah sampai jodoh tu tak ke mana la...tapi bagi whose waktu ideal adalah sebelum umur menceceh 30 tahun....

a.l.a.n.a.z.a.i.n.a.l said...

bagi saye...kalo lelaki patut kawen bile da matang n stable dr segi dwet...biasanye around 27 la..

kalo girls plak, 18 pon orait..haha..tapi jgn la lmbt sgt sampe 30 tahun...

well..kalo jodoh, no komen la...

psst: zimie, nak tnye psl maktab...leave komen kat blog saye boley? i need it so bad...

hehe..don't get me wrong keyh? =)

ayda said...

kawinlah bila kita rasa diri dah mbersedia dari segi zahir dan batin dan ekonomi dah kukuh..alam perkahwinan tak sama dengan becinta,bercinta semua indah belaka, tapi bila dah kawin baru kita dapat tau cinta sebenar mcam mana,kalau tak kuat n tabah menghadapi rintangan dan dugaan macam2 bleh berlaku,janji iman mesti kuat ye dik.k

Anonymous said...

hmm khwin ek?? memg x di nafikn byk kelebihn ble kte khwin ni..especially dpt mengelkkn perkara y di laknat Allah iaitu ZINA (Nauzubillah)..

so ble seseorg 2 rse diri die dah betul2 ready nk pegang title suami, ketua keluarga n ayah kepada isteri dan anak2 die bley lh khwin xkish umr bpe pn. tp y paling pentg seseorg tu bukn setkt pegang title2 tu sume... die kne gak ada sikp bertggungjawb trhdp org y die syg...

klu setkat syg jer rsenya xckup..tggungjwb sbg seorg kluarga adlh sgt2 bert memndgkn keadaan mse kini y trlalu byk dugaan nya..prsediaan dr segi lahiriah & rohaniah amat2 d perlukn bg melahirkn kluarga y bhgia bukn setkat di dunia tetapi di akhirt..INSYAALLAH..:)