Saturday, September 5, 2009

iklan raya ONE DROP PERFUME

Sekarang sudah masuk hari ke 16 umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia ini. Ini bermakna cuma tinggal lebih kurang 2 minggu sahaja lagi kita semua bakal menemui Syawal yang dinanti. Sementelah itu semakin berlumba-lumbalah media massa di negara kita menayang iklan-iklan sempena hari raya nanti.


Apa yang Zimie ingin perkatakan di sini ialah salah satu iklan hari raya yang sudah mula ditayangkan di kaca TV anda. Iklan yang dimaksudkan ialah iklan hari raya ONE DROP PERFUME. Zimie bukannya taksub terhadap barangan yang diiklankan sangat kerana sebelum ini pun Zimie sudah mempunyai koleksi ODP Zimie sendiri. Cuma yang Zimie ingin kongsikan bersama di sini ialah lokasi iklan ini dijalankan.


Iklan ini telah dibuat penggambarannya di rumah sewa Zimie semasa Zimie menjalani praktikal di Jeram, Kuala Selangor bulan Julai-Ogos dahulu. Seperti yang Zimie pernah post dahulu, rumah sewa Zimie tersebut merupakan rumah yang sering digunakan oleh pembuat-pembuat iklan untuk hari raya mahupun kemerdekaan. Antara yang paling popular ialah iklan 'RUMAH KITA' dan iklan raya Kurnia Insurans.


Malang sekali bagi Zimie kerana pada hari penggambaran tersebut dijalankan, Zimie tidak berada di rumah sewa kerana Zimie balik ke Ampang. Zimie mengalami demam yang teruk ketika itu. Sebaik sahaja Zimie pulang ke rumah sewa, keadaan rumah didapati kelam kabut dan banyak perabot rumah berubah. Selepas dimaklumkan oleh kawan-kawan, barulah Zimie tahu bahawa Fahrin Ahmad dan Rozita Che Wan telah datang ke sini untuk menjalani penggambaran iklan raya ODP. Berikut antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan oleh kawan Zimie iaitu Alip dan Anas pada hari tersebut.








Sama tak iklan tersebut dengan rumah sewa yang pernah didiami Zimie oleh rakan-rakan? Hmm.. Zimie rasa rumah tersebut memang unik dan masih lagi mempunyai ciri-ciri kekampungan yang tradisional. Jadi, jangan lupa tonton iklan tersebut di kaca tv anda.







S.E.L.A.M.A.T M.E.N.A.N.T.I S.Y.A.W.AL.



kredit : Alip Aizuddin Abd. Rahim

1 comment:

suezensuzanna said...

rumah kat kuala selangor mmg cantik2