Friday, September 11, 2009

Sekali Lagi Aku Terluka



Entah mengapa, kebelakangan ini banyak perkara yang menduga hubunganku dengan seseorang. Ada sahaja perkara yang aku lakukan tidak kena di matanya. Aku cuba buat yang terbaik. Pertama kali aku menerima pertanyaan yang perit dan pedih daripadanya, aku cuba untuk berfikiran positif dan menerima semuanya de
ngan tenang. Disebabkan oleh pihak yang ketiga, hubungan aku dan seseorang hampir retak. Aku tidak mahu mengulangi kesilapan yang lepas. Aku juga tidak mahu lagi melalui perpisahan. Perpisahan merupakan perkara yang paling teruk sekali pernah aku lalui di dunia ini.

Aku akui, aku hanya seorang manusia biasa sahaja. Tidak punya apa-apa. Aku juga tidak lari daripada melakukan kesilapan. Aku juga ingin membahagiakan seseorang. Aku ingin membuatkannya seperti manusia yang paling dihargai di dunia ini. Aku ingin membuatkannya berbangga kerana mempunyai aku. Tetapi, apakan dayaku. Aku hanya insan biasa. Aku tak mampu untuk lakukan semua itu. Aku insan yang lemah. Aku terlalu lemah. Aku hanya mampu berdoa mengharapkan agar Tuhan membukakan mata dan menunjukkan jalan yang sebenar kepadanya nanti.


Sepanjang perhubunganku dengan seseorang, inilah perkara yang paling menyedihkan hatiku. Bukan sekali, tetapi dua kali. Aku tahu mengapa aku diperlakukan begini. Kerana aku juga pernah melakukan perkara yang sama kepada seseorang juga. Tetapi, ia seakan-akan tidak menghargai apa yang telah aku sediakan padanya. Seolah-olah segala pemberianku tidak bermakna padanya. Aku mula sedar bahawa AKU BUKAN UNTUKNYA. Aku bukan untuk sesiapa. Aku berkeputusan untuk mendiamkan diri buat masa ini. Berdiam diri bukan kerana salah, tetapi aku ingin mencari ketenangan.

Buat seseorang yang sangat dihargai, maafkan diriku kerana banyak kali dan ketika aku memalukan dirimu. Banyak perkara yang kulakukan melukai hatimu. Banyak kata yang dilemparkan menyedihkan dirimu.

tetapi

Ketahuilah, aku juga turut merasakan perkara yang sama.

Maafkan aku.

No comments: