Sunday, April 8, 2012

Edisi Jalan-Jalan Hujung Tahun 2011

Jalan-Jalan Zimie Edisi Hujung Tahun bagi tahun 2011 dimulakan dengan menonton Twilight Saga - Breaking Dawn Part 1. Macam biasa, mesti makan-makan pastu. Menu pilihan sudah semestinya Chicken Chop.






Pastu, tengok Ombak Rindu lak..kat IOI Mall, Puchong. Sebelum tengok, pe lg, main token r.. mengeluarkan peluh. pas abis tengok Ombak Rindu, main boling lak..punye la lama nk tggu..kemaruk punya pasal, sanggup tunggu sejam lebih.











Seterusnya, kami ke Time Square.. Adoi..aku ni da la gayat.. takut..semua ada la..alangkah masuk umah antu pun aku menggigil..ni kan lagi nak main natang2 tu..aku berani try 2 je..tu pun mabuk..Azmil siap naik roller coster lg beb..brani tu..






g


Ini pula ketika di Mid Valley. Aku ajak diorang temankan aku nak shopping sikit. Adela dalam RM 2000 habis kat situ. Beli baju, seluar, kasut kerja, kasut sukan, kasut casual, perfume. macam-macam lagilah. sambil tu amik kesempatan makan Korean Cuisine. pas abis semua tu, g lak main-main token kat JJ sementara tunggu makcik2 tu membeli belah.. hehe..









Ini pula pergi I-City bersama Yoyoi, Azmil, Wan, MakTam, Kak Nyah dan Qila.. First Time Gak Pegi Sini. Merasa Jugalah Wan Ke Sini. Cuma Diorang Tak Masuk Tempat Salji Tu. Tak Tahan Sejuk Katanya.








Kelly larkson - Stronger (What Doesn't Kill You)

best lagu nih.. sedap..buat Zimie bersemangat untuk buat something

Saturday, April 7, 2012

Kenangan Manis 2011

Rasanya tak salah kalau Zimie nak update serba sedikit apa yg telah berlaku pada tahun 2011 yang lepas. Banyak sangat perkara yang berlaku. Zimie nak kongsi yang manis sahaja. Tahun 2011 merupakan tahun paling manis bagi Zimie kerana Zimie telah diberikan satu amanah dan rahmat daripada Tuhan untuk mendidik dan menjaga salah seorang anak murid Zimie. Dia merupakan anak yatim di mana dia kehilangan ayahnya semasa dia darjah 2. Dia merupakan murid yang pandai di dalam pelajaran. Zimie tidak tahu bagaimana bermulanya betapa rapatnya dia dengan Zimie. Kalau tak salah Zimie, dia memang selalu ke rumah Zimie untuk belajar. Daripada situ, barulah Zimie tahu bahawa dia ni ada hubungan bau-bau bacang dengan keluarga nenek Zimie. Zimie ambil dia sebagai anak angkat Zimie. Kebetulan pula di sekolah, ada program Mentor-Mentee. Dia dipilih sebagai anak angkat Zimie. Maka, makin rapatlah hubungan kami.

Teruk juga dia ni kena belasah sebab selalu main-main sewaktu tusyen dan belajar dengan Zimie. Sebab dia ni pandai sangat, jadi dia cepat rasa boring bila belajar. Jadi, Zimie jemput beberapa orang kawan dia yang lain supaya dia dapat belajar dengan seronok. Makanya, setiap hujung minggu, rumah Zimie dipenuhi oleh mereka. Keadaan keluarga dia ni nampak memang susah. Emaknya tiada pekerjaan yang tetap. Mulakan bisnes, ada pula orang tak puas hati. Kena berhenti meniaga. Akhirnya, dia kerja sebagai tukang jahit. Itupun tidak menentu.
Pernah sekali Zimie dengar dia pergi ke rumah datuknya untuk meminta beras. Ya Allah, jatuh kasihan dan simpati dengan nasib yang menimpa keluarganya. Datuk dan nenek dia ni sekampung dengan Zimie. Kami bersaudara, tapi jauh sikitlah. Dia ni duduk de
ngan emak dan 4 adik beradik yang lain di kampung sebelah. Rumahnya usang. Kasihan Zimie tengok. Akhirnya, Zimie call emak dia. Minta izin untuk membelikan barang-barang keperluan persekolahan dia dan 2 adik dia yang lain. 2 lagi abangnya Zimie tak mampu nak bantu. Emaknya sebak ketika menerima pelawaan Zimie.

Sejak daripada itu, emak dia selalu hantar di ke rumah Zimie untuk tusyen dan belajar. Senang
Zimie boleh hantar kalau ada kelas tambahan. Kurang sedikitlah beban emak dia. Nenek Zimie pun dah mula sayangkan dia. Sebab dia baik, tidak pernah tinggal solat dan rajin. Dia pernah cakap dengan Zimie, dia tidak pernah makan sedap-sedap macam dia makan kat rumah Zimie. Nak meleleh air mata Zimie. Tak apa, apa yang Zimie makan, dia makanlah. Pernah beberapa kali dia menangis sebab dia rindukan ayah dia. Mula-mula Zimie tak tahu nak buat apa. Dia peluk Zimie dan menangis sepuas-puasnya. Tak semena-mena Zimie pun menangis. Adoi, budak ni.

Banyak benda baru dia dapat merasa bila dengan keluarga Zimie. Dia tak ada kakak. Jadi, adik Zimie dah jadi macam kakak dia. Pernah sekali tu, dia cakap "Cikgu, jom tengok kak Nani kat matrik, rindu lak.." Dia pun rapat dengan sepupu Zimie yg dia panggil kak nyah dan kak yoi. Akhirnya, selepas UPSR, dia dapat 5A. Alhamdulillah. Itulah hadiah paling bermakna yang dia bagi pada Zimie sebagai balasan. Zimie bersyukur sangat-sangat.
Usaha
kami berbaloi. Banyak jugalah hadiah yang dia dapat. Adik dan sepupu Zimie pun beri hadiah pada dia. Zimie hanya cakap "kalau dapat 5A, cikgu bawa jalan-jalan kat KL" Dia suka sangat sebab memang dah lama dia nak jalan-jalan di KL. Alamak. Nampaknya, Zimie kenalah bawa dia jalan-jalan. Tahniah Muhammad Azmil bin Amran sebab berjaya buktikan pada cikgu yang Azmil boleh berjaya. Usaha Azmil dah terbayar. Pasti arwah ayah Azmil bangga dengan Azmil.

I'm Back


Assalamualaikum w.b.t
Salam 1 Malaysia

Lama betul tidak menjengah ke blog ni. Hampir setahun lebih tidak 'update' di sini. Semenjak kehadiran facebook dan twitter, memang blog ini ditinggalkan langsung. Tapi, entah macam mana boleh tergerak hati nak hidupkan semula blog ini. Mungkin salah satu faktornya adalah saya jatuh sakit sekali lagi. Apa? Zimie sakit? Ya, saya sakit. Nanti entry akan datang Zimie akan ceritakan ya. Ini hanya mukadimah sahaja. Semoga semua followers Zimie dapat berinteraksi semula dengan Zimie dalam blog ini dan Zimie akan menziarah blog anda nanti. Insya Allah.

Jumpa Lagi.

Saturday, November 13, 2010

Picture of Me 2010







Lama x update blog


hai.. lama tul x update blog ni.. entah r, makin lama makin bz lak.. hehe.. xde pape nak kongsi sbb bnyk bnda blaku kat zimie bnyk zimie kongsikan kat dlm fesbuk sekolah zimie.. hehe.. ni lak gmbr zimie terbaru.. hehe.. bertambah tembam lagi.. kalo nak tau, sebelah tu adalah junior zimie wktu kat maktab dulu.. kak habsah, kpli bahasa melayu.. x sangka lak dpt skola yg sama.. dftr pun ari yg sama.. hehe..

Sunday, May 9, 2010

2 minggu xde ulasan AF8, kini ZIMIE kembali


selama 2 konsert Zimie x buat ulasan tentang konsert Akademi Fantasia 8 ni.. sbbnye Zimie da malas nak komen AF8 yg mcm bias jer.. da nmpk sgt ada 'juara jadian'.. sorry to say.. pengkritik yg sorang tu nampak bias sangat.. dia hnya komen yg baik2 jer pada Adira.. Adira sedap ke, x sedap ke, dia tetap puji bagai nak rak.. realitinyer, Adira x begitu.. x besh langsung.. terutama skali waktu lagu My All.. pergh... cmne leh dpt pujian tinggi melangit.. sebutan x clear.. suara bingit.. nak terpecah telinga ni.. lagi 1, wktu Adira nyanyi lagu Ayat-Ayat Cinta.. x nmpk pun mana beshnyer.. sadisnyer, dia dapat 3 lampu ijau.. come on r.. buta ker.. nampak sgt nk jadikan Adira ni sbgai juara AF.. sbb kedua ialah pemilihan lagu yg x ssuai untuk Ain.. susah r nak komen.. ain sndri da nyatakan dlm akademi.. cuma pihak produksi x buka mata..

TAPI

minggu kelapan ni mmg besh.. banyak kejutan.. dan persembahan yg menghiburkan.. kecuali beberapa org pljr kebanggaan tu.. x besh lagsung.. kejutannya, ada penyingkiran pd malam konsert.. hmm.. da agak da.. senario af7 berulang lg.. mst ada AFMASUK.. terutama skli bila Shahir kuar.. kalo da kuar tu, kuar jela.. watpe lak nak masuk2 lek.. mcm x adil jer.. bermula dgn Linda Nanuwil, Mawi, Marsha, Lotter, Aeril.. dan skrg, sape la bnasib baik akan diserap semula.. nmpk sgt.. gerenti dpt no 2.. x pun, leh jd juara.. come on r Astro.. hentikan AFMASUK ni lg...cuba create sumthg yg berfaedah utk pelajar2.. aku rsa malam ni mst Shahir or Anum akan masuk.. x kisah r sape2 pun..

skrg ni, Zimie nak kongsi sape paling besh n sape paling teruk pd malam knsert ke8.

pilihan terbaik..
AIN - SUCI DALAM DEBU
mmg power.. x bnyk artis wanita yg leh perform smbil nyanyi.. mcm Yuna n Amylea.. tu jer yg aku tau.. yg len, xde pun.. sayang kalo bakat AIN ni x diketengahkan.. tp nmpk sgt ada komplot nak menjatuhkan AIN...ain ni mmg pilihan utama Zimie utk ke final dan bergelar juara..zimie berhabis beratus2 ringgit utk undi AIN.. tp, zimie perlu sedar yg AIN mustahil bergelar juara dengan adanya 'juara jadian' si Adira dan Daus.. kalo Shahir masuk lak, gerenti AIN sukar nak raih undi yg bnyk.. tp apakan daya.. ni adalah program realiti.. terima jela hakikat.. AIN bawa lagu Suci Dalam Debu mmg besh r.. vokal mantap.. pandai main gitar.. cuma pengkritik sorang tu jer yang mungkin x suka dgn ain.. sbb tu x dpt 3 lampu ijau.. xpe AIN.. teruskan usaha anda..

pilihan terburuk..


ADIRA - KITALAH BINTANG

sakit bukan penghalang.. kalo student AF lain pun sakit, dapat perform gak dgn baik.. ni setakat sakit mata.. itu bukan alasan... x jelas sgt pe budak ni nyanyi malam tdi... sebuatan x jelas.. wktu dia bercakap pun x jelas.. rsanye pihak astro kena buat subtitle r kalo dia bercakap nnt... persembhan plig teruk... suara memecahkan telinga org jer.. tlog r sedar wahai pengundi2 adira.. she has nothing.. sorryy...